Kalori Makanan


Assalamualaikum semua, entri ana kali ni adalah berkaitan dengan kalori makanan.. ehem3. Berdiet la plak ye kita. Sahabat-sahabat pernah kira tak kalori makanan yang diambil stiap hari. Penting sangat supaya kita dapat mengekalkan berat badan. Bagi yang nak turunkan berat tu, memang kena hadkan kalori yang perlu diambil. Di bawah ni ana senaraikan beberapa jenis makanan dan kalorinya. Jom tengok..




KATEGORI:KUIH MUIH

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

KATEGORI: LAUK PAUK

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

KATEGORI: MAKANAN RUTIN

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

KATEGORI: MAKANAN SEGERA

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

KATEGORI: BUAH-BUAHAN

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


KATEGORI: MINUMAN

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal \



Ahaaaa.. kalori korang ambil setiap hari macamne? Hehe.. renung-renungkan dan selamat beramal :D



Syukran Sudi Membaca

Ketupat Cina Eiduladha


Assalamualaikum semua, entri ana kali ni adalah tentang ketupat cina. Korang penah makan tak? Setiap kali raya samada raya puasa atau raya haji, family ana pasti akan tempah ketupat cina ni sebab sedap. Tapi bagi sesetengah orang mesti tak suka kan, rasanya tawar & sesuai dicicah bersama susu pekat :D

Secara jujurnya ana cakap, ana tak tahu resepinya. Sebab ni pun tempah suruh orang buat. Hehhe. Kalau nak tahu, mungkin sahabat-sahabat boleh google resepinya. Family ana tahu buat ketupat daun palas je. Kalau nak makan yang lain tu, kena beli/tempah la. Ni gambar ketupatnya. 



Korang nak tengok isi dalamnya? Haa, jom tengok bawah ni




Isinya warna kuning dan rasanya tawar. Seperti yang ana bagitau kat atas, kalau nak makan, boleh makan dengan susu pekat. Rasanya ummmmmm.. sedappp



Alhamdulillah raya haji tahun ni agak meriah, budak-budak pun ramai je datang beraya di rumah. Budak-budak tu memang la tak le miss datang sini. Dapat wang angpow tuuu. Kalau diaorang tak datang, memang rugi la. Hehhe. Jangan lupa ok cuba ketupat cina yang ana bgtau kat atas tu.

Sampai disini dulu. Sesape yang terlepas entri ucapan salam eiduladha ana, boleh klik SALAM EIDULADHA.  Jom jamu mata tengok juadah hari raya di rumah ana. Kek coklat, ketupat, & macam-macam biskut raya ada  :D




Syukran Sudi Membaca

Salam Eiduladha


Assalamualaikum sahabat sekelian. Salam eiduladha.. kullu ‘am wa antum biqhair. Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dengan eiduladha. Hari raya eiduladha sebenarnya lebih besar dari hari raya eidulfitri. Kalau di Jazirah Arab, raya eidiladha ni disambut paling meriah berbanding eidulfitri. Nak tau kenapa?

Kalau kita perasan la, takbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Kat Malaysia ni terbalik pulak kan, eidulfitri sambut sampai sebulan tapi eiduladh sehari je.  Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.  Cuti umum Aidiladha pulak dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.. kan?

Sampai disini dulu. SALAM EIDULADHA semua.  Salam pengorbanan. Dalam kehidupan adakala kita mencari yang terbaik dan memiliki yang terbaik.  Dan untuk menjadikan segalanya terbaik pengorbanan itu juga satu permulaan bagi melatih diri kita menjadi seorang yang baik. Berkorban lah sesuatu yang terbaik,  kerana tu lah lambang keikhlasan kita. Jemput makan..semua ada :)





Syukran Sudi Membaca

Jazaakumullaahu khairan!


Assalamualaikum, Alhamdulillah entri kali ni ana nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada semua sahabat yang ucap serta doakan sempena birthday ana. Tajuk entri tu maksudnya semoga Allah membalas kamu semua dengan kebaikan atau nak ucap terima kasih yang tak terhingga, boleh la guna jazakumullah tu..

Alhamdullilah. Semalam (20/10/12) genaplah umur ana 23 tahun. Bersyukur ana kerana masih lagi diberikan nikmat nyawa dan hidup di atas muka bumi Allah ini. Masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian. Semoga perjalanan umur ini akan diberkati dan dirahmati. Insyaallah aminnn :D

Kesempatan ni jugak ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat dan rakan-rakan yang ana kenali atau mungkin tidak pernah bertegur sapa tetapi turut memberikan ucapan selamat kepada ana sempena ulang tahun kelahiran ana semalam terutama rakan-rakan di alam maya ini kan. Terima kasih juga kerana turut mendoakan kesejahteraan, kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan ana.. TERHARU! Ana sempat jugak printscreen beberepa wishes drpd sahabat2 fb ana :)




Semoga  Allah s.w.t  akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada kita sebagai hamba di atas muka bumi ini.. Jom layan kek baskin robin dulu. Bleh klik BASKIN ROBIN untuk maklumat lanjut.. Sampai disini dulu :D




Syukran Sudi Membaca

Kuala Selangor


Assalamualaikum semua, kali ni entri ana adalah berkenaan Kuala Selangor. Ada orang Kuala Selangor ke sini?? Hehhe. Ana pegi Kuala Selangor untuk attend kenduri kawen adik sahabat ana. Muda lagi orangnya, baru umur 20 tahun. Muda dari ana tuu.. Gambar bawah tu adalah gambar perjalanan pergi sehingga la kami sampai rumah kenduri di tanjong Karang. Jauh jugak la perjalanan dari UKM ke Tanjong Karang. Terpaksa menempuh hujan, rebut, petir.. heheh.. over sudahhh..

Perjalanan dari Tanjong Karang mengambil masa lebih kurang 2jam sebenarnya. Kitaorang sempat lagi singgah ICT menunggu rombongan sahabat lelaki yang pergi menaiki motorsikal tapi diaorg terpaksa stop dkt R&R sebab hujan lebat. Tapi tak best pegi ICT siang-siang. Tak Nampak lampunya. Kitaorg just rehat-rehat & singgah KFC situ je.. hehhe

Next, lebih kurang jam 2 ptg barulah kami smpai ke rumah kenduri sejak dari jam 10pg bertolak. Maklumlah, banyak rintangan dan halangan. Ketibaan kami disambut mesra dengan announcement dari pihak DJ kenduri lagi tau..waduhh..terharu betul ana dengan sahabat lain. Jom tengok gambar


Lepas mengisi perut, kami ke Bukit Malawati. Memang tempat terkenal kat sini as tempat perlancongan. Kami menaiki ala-ala train yang comel pusing bukit ni & ada hentian untuk bagi orang hutan makan. Orang hutan sini jinak sangat tapi sejinak-jinak mereka, kami tetap takotttt.. bawah ni gambar kitaorang dekat Bukit Malawati. Sesape yang rancang g Kuala Selangor tu, boleh la singgah sini. Memang best.. tak rugi pun..


Perjalanan diteruskan lagi ke rumah salah seorang sahabat ana juga terletak di area-area sini jugak. Lepas makan-makan kat rumah dia, kami bergerak ke masjid untuk solat maghrib. Lepas solat terus bertolak balik. Kami sampai semula di UKM pada jam 9 malam. Memang letih sangat rasa tapi best :D



Syukran Sudi Membaca

Eucerin Dermo Purifyer


Assalamualaikum, lama ana tak update blog. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan tesis bla..bla..bla.., ana masih lagi diberi masa untuk bersama blog ana ni. Entri kali ni ana nak buat review tentang set pencuci muka.  Penah dengar tak jenama eucerin? Ramai sahabat ana yang tak penah dengar jugak..hahha..

 Ahaa, jenama ni memang familiar sangat dengan family ana sebab kitaorang guna sabunnya untuk sabun harian. Korang pun tak penah dengar? Yela, sabun ni hanya dijual di kedai-kedai jenis farmasi, guardian, Watson je. Kedai biasa takde. Tengok gambar sabun mandi bawah ni:



Ni lah sabun yang slalu digunakan. Apa yang ana nak katakan disini bukan sabun mandi tapi pencuci muka. Alhamdulillah ana dah guna seminggu dah set pencuci muka eucerin Dermo Purifyer. Memang sesuai dengan kulit ana yang boleh dikatakan berminyak & open pores. Ana beli set ni dekat guardian. Harganya boleh tahan la RM 85 include cleanser, toner & active concentrate. . Gambar aje la ana boleh tunjuk. Nak maklumat lanjut boleh KLIK SINI






Cuba tengok harga tu, ada less la walaupun sikit. RM 84.88..hehe


Okie dokie, Lepas shoping dekat guardian, jom layan  dunkin donut dulu..hehhe :D




Sampai disini dulu. Wassalam

p/s: korang pakai pencuci muka apa? Ok ke? :D

Syukran Sudi Membaca

Review 30 Ciri Kesederhanaan Yusuf Qardhawi


Assalamualaikum semua, ana harap semua sihat la ye. Entri kali ni ana nak buat review sikit tentang 30 ciri kesederhanaan yang ada pada Yusuf Qardawi. Yang ni ana ringkaskan aje. Kalau nak baca dengan lebih lanjut, boleh la dapatkan buku macam dekat bawah ni :



 Nota sendiri. Maap ler, tulisan tak cantik


Haa, nak tahu kat mana nak dapatkan? Buku ni diterjemahkan oleh ustaz ana. KLIK SINI untuk ke blognya. Ataupun boleh aje kontek seperti gambar bawah ni. 



Ustaz ana ni merupakan pensyarah KUIS tapi datang mengajar untuk subjek USUL FIQH DALAM PEMDIDIKAN di UKM. Memang hebat orangnya. Beliau belajar di Maghribi dan yg paling penting mempunyai banyak pengalaman. Jangan segan-segan untuk kontek beliau ye kalau berminat.. promote sikit :D

Ok, berbalik pada 30 ciri kesederhanaan Yusuf Qardawi ni, ana ada buat note macam gambar atas tu, tapi untuk ana je la. Oleh sebab kurang jelas, ana taip semula disini :



·         Kefahaman Islam yang Syumul
·         Al-Quran dan Sunnah Sebagai Rujukan
·         Memperkukuhkan Nilai-nilai Ketuhanan
·         Melaksanakan Kewajipan
·         Nilai-nilai Akhlak
·         Pembaharuan dan Ijtihad
·         Keseimbangan Antara Perkara yang Tetap Dan Perkara yang Berubah
·         Mendukung Metod ‘Memudahkan’ Dalam Fatwa
·         Mendokong Metod Harmoni Dalam Berdakwah
·         Tadaruj Yang Bijaksana
·         Mengimbangkan Antara Perkara Yang Bertentangan
·         Perdamaian dan Jihad
·         Kefarduan Membebaskan Bumi Umat Islam
·         Hak Minoriti
·         Menghormati Akal dan Pemikiran
·         Nilai-nilai Kemanusiaan dan Kemasyarakatan
·         Berlaku Adil Terhadap Wanita
·         Memberi Perhatian Terhadap Institusi Keluarga
·         Hak Rakyat untuk Memilih Pemimpin
·         Memperkasakan Ekonomi Umat Islam
·         Kesatuan dan Wala` Terhadap Umat Islam
·         Menerima Kepelbagaian
·         Mengelakkan Budaya Mengkafir dan Menuduh  Fasik
·         Minoriti Islam Seluruh Dunia
·         Mengimarahkan Muka Bumi
·         Tuntutan Pembaharuan dan Perubahan
·         Menyatukan dan Menggembeleng Kekuatan
·         Menyeru Ke arah Fiqh Baru
·         Pencapaian Tamadun Umat Islam
·         Memanfaatkan Khazanah Silam yang Pelbagai


Ana buat dalam poin-poin je la ye sebabnya kalau nak taip panjang-panjang boring juga nak membaca. Biasalah kalau dalam bab agama ni, orang pandang sebelah mata je..hehe. kalau ada apa-apa nak tanya atau tak faham tentang ciri ni, komen aje. Insyaallah ana akan huraikan dengan lebih lanjut. Sampai disini dulu.



Syukran Sudi Membaca

Manja Diri di Spa!


Assaamualaikum semua, entri kali ni adalah manja diri di Spa!.. kawan-kawan suka pegi Spa tak? Kalau ada masa tu, pegi la membelai diri di Spa ok.. sebulan sekali pun dah cukup. Kali ni ana memilih Spa Qalesya. Sebab pertama ana pilih spa ni sebab ia bercirikan muslimah. Hanya muslimah sahaja yang dibenarkan masuk tau. Kira selamat dan tenang sikit la disamping aurat kita dapat dijaga. Sebab kedua ana pilih, spa ni dekat je dengan UKM.. oke, ana memang student UKM..hehhe.




Spa ini bukannya spa bertaraf 5bintang. Spa biasa-biasa je dan sesuai la untuk student sebab harga nya tak mahal & tak murah. Masa ana pegi ni ana buat sauna. Just rm30 je untuk 40 minit. Kira oke la. Lps sauna rasa fresh je. Ana pegi dengan sahabat ana, dia buat facial. Kalau nak tengok, ni gambar list senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh spa ni. Semua ada. kalau tak jelas boleh terus ke websitenya. :D



Ermm, suasana dalamannya pun ok la. Ni gambar dalam spa :







Ana nak kongsi sikit tentang manfaat sauna.. baca ye, semoga memberi manfaat



MENGELUARKAN TOKSIN
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

MENGURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT 
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

MEMBUNUH BAKTERIA & VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Insyaallah lepas ni, ana akan pegi lagi spa ni. Kalau sesape yang high taste tu, ana tak galakkan la pegi spa ni, korang boleh pilih spa di Mines beach resort & spa ke Serenity Spa ke. Tapi harga ana rasa mahal la. Bagi ana yang tak keje lagi ni, memang tak mampu nak pegi setiap bulan kalau di tempat-tempat 5star tu. Sahabat-sahabat yang tengah cari tempat nak manjakan diri tu, boleh aje klik link SPA QALESYA 

Selamat memanjakan diri :D


Syukran Sudi Membaca

Part 1 : Qortubarians Berkumpul di Hadralmaut


Assalamualaikum, entri kali ni adalah tentang Qortubarians.. hehhe.. korang mesti tertanya-tanya kan apa tu Qortubarians.. kalau nak tau, kena la terus membaca ok..

Firstly, ana nak introduce ape tu Qortubarians. Qortubarians ni adalah sebuah pusat pengajian di Iskandariah, Mesir. Ana dan sahabat-sahabat yang lain seramai 7 orang belajar di sana selama 2 bulan baru-baru ni. Jadi, bila berkumpul semua, ana gelarkan kitaorg ni geng Qortubarians la.. hahha.. pelik je nama tapi itu lah sebenarnya maksud tajuk entri ana kali ni.

Kami berkumpul di Mat ‘am Hadralmaut.. Mat ‘am tu bermaksud Restoren.. ewahhhh, belajar arab pulak ye kita. Takpe, tak rugi pun belajar bahasa syurga ni. Ana dengan sahabat-sahabat yang lain menghabiskan masa lebih kurang sejam di restaurant ni. Restaurant ni terletak di Taman Sepakat, Kajang.

Untuk pengetahuan semua, restoren ni restoren arab. Kami masuk sini, nak order makanan pun cakap dalam arab. English pun boleh je sebab dia punya buku menu dalam English. Kalau dalam Arab, susah la orang yang tak tahu arab nak order kan.. kalau di Negara Arab, buku menu fully dalam bahasa arab. Pilih aje la mana yang rasa nak makan.. ni la buku menu, banyak sangat menunya..



Kawasan ni memang banyak pun orang Arab yang belajar di UKM, UPM yang sewa rumah apartmen area ni. Sebab tu la kot rasanya tertubuhnya restoren arab kat sini. Kami order Kabsah Dajaj ada jugak yang order laham.. Jom enjoy makan dulu.. 



nampak aje sikit tapi hakikatnya banyak, 2 orang diperlukan untuk menghabiskan sepinggan nasi kabsah ni

Alhamdulillah, kenyang :D

Lepas lepak dan makan-makan dekat restoren ni, ana dan sahabat yang lain meneruskan perjalanan ke rumah salah seorang dari kami. Rumah nya di apartmen Sri Lavender Kajang. Dekat sangat dengan restoren tu, jalan kaki 5 minit aje.. hehehe.. kami rehat- rehat sambil makan kek lapis. Macam-macam kek lapis ada dan yang paling penting, sedap sangat kek lapisnya..

Haaa, sedap kan.. warna warni gitu. Terima kasih ye KAK SYUKRIAH.. lepas makan, makan lagi.. memang terbaik lahhh. Setakat ni dulu untuk entri kali ni.

p/s : jangan lupa rasa makanan arab.. delicioussssss

Syukran Sudi Membaca

Nilai Hantaran Tinggi


Assalamualaikum semua, kali ni ana nak kupas sikit mengenai isu Hantaran Kahwin. Cuba tengok gambar bawah ni 


Pada pendapat korang, releven tak dengan zaman sekarang ni.?

15 dulang berbalas 20, termasuk jam tangan Rado, beg tangan Sambonia, kasut Bonia, telefon bimbit terkini, Ipad dan lain-lain lagi. Sewa dewan yang dipenuhi ribuan tetamu. Ada pertunjukan slaid mengiringi jamuan makan tetamu, catering rm10 untuk seorang tetamu, sewa pakaian pengantin, sewa pelamin, wang hantaran untuk pengantin perempuan RM20000, mas kahwin nya lagi.. fuhhhhh! Setuju atau tak, inilah hakikat zaman sekarang. Agak-agak la kan, berapa pihak pengantin lelaki akan habis kalau buat majlis ala-ala grand livina gini??! Paling lekeh pun RM50000 tau..

Masalah nya sekarang, bukan semua lelaki mampu kan. nak dapat RM50000 tu, komfem la kena buat loan bank. Takpe kata si lelaki, kerana cinta, RM50 ribu pun sanggup diberi .. Aicewahhh.. sanggup la sangat. Nanti nak bayar duit loan tu, bergaduh suami isteri. Hakikat dunia sekarang. Kalau yang memang mampu tu, ana tak nak la nak kata apa-apa. Yang ana nak kata ni, dekat golongan yang sederhana. Sesungguhnya ana memang kurang bersetuju dengan nilai hantaran yang tinggi dan majlis yang meletup-letup. Tak perlu la nak ikut taraf pendidikan, tak perlu nak ikut populariti sangat. Apa yang penting pengisian selepas kahwin tu (tanggungjawab dan amanah) perlu mantooppp!


Disini ana sertakan dengan pesanan nabi kita, nabi Muhammad SAW yang pernah berpesan:

Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’ (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Buat sahabat-sahabat serikandi di luar sana, ana nasihatkan tak perlu letak hantaran tinggi-tinggi semata-mata nak buat majlis grand. Cukup ikut kemampuan bakal suami itu paling berkat. Buat apa majlis hebat-hebat, kahwin seminggu, cerai berai.. nauzubillah. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang soleh-solehah.. amin..



Syukran Sudi Membaca