Part 1 : Qortubarians Berkumpul di Hadralmaut


Assalamualaikum, entri kali ni adalah tentang Qortubarians.. hehhe.. korang mesti tertanya-tanya kan apa tu Qortubarians.. kalau nak tau, kena la terus membaca ok..

Firstly, ana nak introduce ape tu Qortubarians. Qortubarians ni adalah sebuah pusat pengajian di Iskandariah, Mesir. Ana dan sahabat-sahabat yang lain seramai 7 orang belajar di sana selama 2 bulan baru-baru ni. Jadi, bila berkumpul semua, ana gelarkan kitaorg ni geng Qortubarians la.. hahha.. pelik je nama tapi itu lah sebenarnya maksud tajuk entri ana kali ni.

Kami berkumpul di Mat ‘am Hadralmaut.. Mat ‘am tu bermaksud Restoren.. ewahhhh, belajar arab pulak ye kita. Takpe, tak rugi pun belajar bahasa syurga ni. Ana dengan sahabat-sahabat yang lain menghabiskan masa lebih kurang sejam di restaurant ni. Restaurant ni terletak di Taman Sepakat, Kajang.

Untuk pengetahuan semua, restoren ni restoren arab. Kami masuk sini, nak order makanan pun cakap dalam arab. English pun boleh je sebab dia punya buku menu dalam English. Kalau dalam Arab, susah la orang yang tak tahu arab nak order kan.. kalau di Negara Arab, buku menu fully dalam bahasa arab. Pilih aje la mana yang rasa nak makan.. ni la buku menu, banyak sangat menunya..



Kawasan ni memang banyak pun orang Arab yang belajar di UKM, UPM yang sewa rumah apartmen area ni. Sebab tu la kot rasanya tertubuhnya restoren arab kat sini. Kami order Kabsah Dajaj ada jugak yang order laham.. Jom enjoy makan dulu.. 



nampak aje sikit tapi hakikatnya banyak, 2 orang diperlukan untuk menghabiskan sepinggan nasi kabsah ni

Alhamdulillah, kenyang :D

Lepas lepak dan makan-makan dekat restoren ni, ana dan sahabat yang lain meneruskan perjalanan ke rumah salah seorang dari kami. Rumah nya di apartmen Sri Lavender Kajang. Dekat sangat dengan restoren tu, jalan kaki 5 minit aje.. hehehe.. kami rehat- rehat sambil makan kek lapis. Macam-macam kek lapis ada dan yang paling penting, sedap sangat kek lapisnya..

Haaa, sedap kan.. warna warni gitu. Terima kasih ye KAK SYUKRIAH.. lepas makan, makan lagi.. memang terbaik lahhh. Setakat ni dulu untuk entri kali ni.

p/s : jangan lupa rasa makanan arab.. delicioussssss

Syukran Sudi Membaca

11 comments:

  1. nasik arab sedap...teringat makan nasib arab kat makkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..sebulan sekali mesti kena mkn :D

      Delete
  2. salam. mmg sedap nasi arab.. zana kalo makan nasi arab, mesti x tinggal lauk kambing.. nyum.. nyum.. nyummmy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana kalau nasi sedap mkn dgn ayam.. kambing slalu ana ambil sandwich..subhanallah, mmg terliurr

      Delete
  3. nampak sedap nie...tetiba lapa pulak...ngeh3

    ReplyDelete
  4. Mat Jo baru makan sekali je nasi arab dalam sejarah idup Mat Jo, kali kedua tak tau bila ag

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana suka nc arab tapi ada stengah org tak suka

      Delete
  5. lapar pula tengok makanan ni~~ :)

    ReplyDelete
  6. kt mne ni..?
    kajang..?wahh..cam sedap je..penah makan ns arb sekali
    ^_^ xble mkn bnyk..on diet..ngeeee ;p

    ReplyDelete