Assaamualaikum
semua, entri kali ni adalah manja diri di Spa!.. kawan-kawan suka pegi Spa tak? Kalau
ada masa tu, pegi la membelai diri di Spa ok.. sebulan sekali pun dah cukup. Kali
ni ana memilih Spa Qalesya. Sebab pertama ana pilih spa ni sebab ia bercirikan
muslimah. Hanya muslimah sahaja yang dibenarkan masuk tau. Kira selamat dan
tenang sikit la disamping aurat kita dapat dijaga. Sebab kedua ana pilih, spa
ni dekat je dengan UKM.. oke, ana memang student UKM..hehhe.
Spa ini
bukannya spa bertaraf 5bintang. Spa biasa-biasa je dan sesuai la untuk student
sebab harga nya tak mahal & tak murah. Masa ana pegi ni ana buat sauna. Just
rm30 je untuk 40 minit. Kira oke la. Lps sauna rasa fresh je. Ana pegi dengan
sahabat ana, dia buat facial. Kalau nak tengok, ni gambar list senarai
perkhidmatan yang ditawarkan oleh spa ni. Semua ada. kalau tak jelas boleh terus ke websitenya. :D
Ermm,
suasana dalamannya pun ok la. Ni gambar dalam spa :
Ana nak kongsi sikit tentang manfaat sauna.. baca ye, semoga memberi manfaat
Ana nak kongsi sikit tentang manfaat sauna.. baca ye, semoga memberi manfaat
MENGELUARKAN TOKSIN
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan
sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh
itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh
ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah &
bersih.
MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan
jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme
tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat
membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya.
Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!
MENGURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih
aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti
sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga
sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai
MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
MEMBUNUH BAKTERIA & VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh
berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian
melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki
sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk
membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan
racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Insyaallah lepas
ni, ana akan pegi lagi spa ni. Kalau sesape yang high taste tu, ana tak
galakkan la pegi spa ni, korang boleh pilih spa di Mines beach resort & spa ke Serenity Spa ke. Tapi harga
ana rasa mahal la. Bagi ana yang tak keje lagi ni, memang tak mampu nak pegi
setiap bulan kalau di tempat-tempat 5star tu. Sahabat-sahabat yang tengah cari tempat nak
manjakan diri tu, boleh aje klik link SPA QALESYA
Selamat
memanjakan diri :D
yaya pon bru je lepas wat entri psl sauna..
ReplyDeletehehe..nsib kt uma ade set sauna..jd wat kt uma je..xmpu nk sauna kt spa...huuuuu
ye ke yaya.. ana nak beli sauna tp ssh sebab tinggal di hostel :)
Deleteni yang dekat area pkns tu ye?
ReplyDeletetakde la dekat sgt..ni seksyen 3 BBB.. :)
Delete