Seiring Sehaluan - UNIC


Assalamualaikum semua, hari ni ana nak kongsi 1 lagu. Mungkin ada yang penah dengar dan mungkin first time dengar. Yang pastinya lagu ni best sangat. Disini ana sertakan lirik dan juga video klip lagu. Try la dengar mesti jatuh hati, lagu tentang persahabatan :D

SEIRING SEHALUAN – UNIC

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah




Syukran Sudi Membaca

Harddisk WD



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, Entri kali ni adalah berkaitan dengan Harddisk. Ahaa, ana ada beli hard disk tapi ok ke ye. Ni la hard disk baru ana. Warna hitam.. hehe. Ana minat warna merah tapi ada warna hitam je. Takpe, nanti casing beli warna merah la.. hehe (cuba memujuk hati)

 Ni la hard disk ana Western Digital WD My Passport Essential 500GB



Ni ana copy dari internet , information pasal benda ni :

Portable Hard Drives
500 GB, USB 3.0 and USB 2.0
(yang bestnya pasal USB 3.0 ni sebab lebih laju 3x ganda dari USB 2.0 bila transfer file dilakukan)

Contohnya :-

500 photos
with USB 3.0 - 54 sec
with USB 2.0 - 2 min 2 sec

2000 songs
with USB 3.0 - 4 min
with USB 2.0 -8 min 27 sec

2-hour HD Movie
with USB 3.0 - 4 min 50 sec
with USB 2.0 - 14 min 27 sec



Banyak bezakan.. Selain  tu ada banyak ciri-ciri yang lain..

WD SmartWare software - You're in control of your backup. Install all the features, select just the components you need, or if you prefer, choose not to use the software at all.

Automatic, continuous backup - Works quietly in the background to protect your data using minimal PC resources. Whenever you add or change a file it's instantly backed up.

Password protection for privacy - Gain peace of mind knowing that your data is protected from unauthorized access with password protection and encryption.



Sampai disini dulu. Pada pendapat korang ok tak hard disk ni? Mungkin hard disk kita ada sama and ada yang nak share pendapat, nasihat & apa-apa je yang tak puas hati tentang hard disk ni :)


Syukran Sudi Membaca

Hutan Rekreasi Sungai Tekala


Assalamualaikum, ana harap semua sihat-sihat la ye. Entri ana kali ni adalah berkaitan dengan Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Ana pergi bersama-sama 8 lagi sahabat yang lain. Ramai kan, pegi ramai-ramai baru best. Sungai Tekala ni tak jauh sangat dari UKM. Dalam 1jam lebih saja. Kami bertolak dalam jam 11 pagi.. haa, gambar bawah ni kami dah sampai destinasi.. yeayyy!


Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam je dekat sini sebab ada plan lain..hehe. Lepas puas mandi, makan-makan, dalam jam 2.30 petang kami dah bertolak pulang. Lagipun nampak macam nak hujan je. Bimbang jugak kami ni. Apa-apa pun, best jugak sungai tekala ni. Airnya sejuk. Sesuai sangat la nak berhujung minggu bersama keluarga tersayang.



Lepas mandi-manda, kami meneruskan perjalanan ke area Putrajaya. Shopping-shopping di Alamanda, makan big apple yang sangat sedap di sana. Aicehhh, ana suka big apple ok!.. hee.. kami juga menghabiskan masa shopping di Mydin Putrajaya & Warta Bangi..hehe



Jam sudah menunjukkan pkul 6.30 malam. Terus aje ke Masjid Besi. Subhanallah cantik sangat Masjid ni bila malam sebab diterangi lampu warna warni.. ditambah pula kedudukannya tepi tasik. Memang luas masjidnya. Ada escalator dan lif lagi. Apa yang menjadi tanda tanya, masjid yang sangat luas dan cantik tapi jemaahnya sangat sedikit. Tetiba teringat tanda-tanda akhir zaman dimana masjid-masjid dibangunkan dengan megah tetapi tiada jemaahnya. Ya Allah..



Lepas solat maghrib di Masjid Besi, kami mengisi minyak a.k.a perut kami di Yati Ayam Percik. Sedap makanan di sini. Banyak pilihan dan yang pastinya nasi kerabu ayam percik menjadi pilihan. Mavelessssss !


Ana hepi sangat dapat menghabiskan masa sehari bersama sahabat ana. Nak mention sikit nama diaorg disini biar femes..hehhe.. mereka adalah FARIDHA, SYIRAH, FARHANI, AISYAH, WANI, MAZA, YANI DAN AINI..



Moga persahabatan yang terjalin akan terus kekal seperti untaian tasbih yang ada awal tetapi tiada penghujungnya.. INSYAALLAH.. moga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.. Ukhuwah Fillah



Syukran Sudi Membaca

Kuala Perlis


Assalamualaikum semua, Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kekuatan untuk berblogging. Entri kali ni tentang Kuala Perlis. Ana pergi dengan family ana minggu lepas sebelum ana kembali ke UKM.  Kuala Perlis ni tempatnya cantik tapi masa ana pergi, air lautnya cetek. Jadi, macam tak best sangat la pemandangan nya. Kalau sape-sape yang pegi Kuala Perlis, boleh la tengok pemandangan dari Menara Tinjau..Kalau air pasang, memang cantik sangat..



Lepas menghabiskan masa di Menara Tinjau, tibalah masa untuk pegi makan-makan.. haha.. ana sampai di Kuala Perlis ni pun dah jam 6 petang dah, jadinya kejap je la di Menara Tinjau and then terus cari kedai makan sambil ambil angin pantai.

Malam tu, ana dan family ana order je apa yang rasa nak makan. Ni la benda-benda yang kami order:

2 ekor ikan jenahak king size (sekor masak 3 rasa, sekor bakar)
2 kilo sotong goreng tepung
Tomyam
Sayur Kailan Ikan Masin
Ulam-ulaman
2 jug fresh oren
Air ABC
6 ekor ikan kembung goreng tepung


Fuhhhh..memang makan besar laa. Total semua ana lupa nak tanya ayah ana. Kami ke sini pun semua rancangan ayah dengan mak ana la sebabnya semua ada di rumah. Jadi, jalan-jalan la ye walaupun dekat. Takde la jauh mana Kuala Perlis ni dengan rumah ana. Dalam 2jam je. Nak jalan jauh-jauh ayah ana pula sibuk memanjang dengan kejenya. 

Alhamdulillah dikurniakan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. 


Ya Allah. Kekalkanlah kebahagiaan keluarga kami, jauhilah keluarga kami daripada bala dan bencana yang tidak kami ingini. Ampunkan dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami, peliharalah keluarga kami hingga akhir nanti kami bertemu di Syurga yang kekal abadi. Amin Ya Rob

Ok, sampai disini dulu. Sape yang keempunan nak makan ikan bakar tu, cepat-cepat la ye. Makan tepi pantai baru terasa nikmatnya..hehhe. Jom jalan-jalan Kuala Perlis ^_^



Syukran Sudi Membaca

Matrouh


Assalamualaikum semua. Harap sihat sentiasa la ye. Entri ana kali ni adalah berkaitan dengan Matrouh. Tahu ke kat mana Matrouh. Ada yang penah dengar tapi tak tahu? Hehe. Matrouh ni salah satu tempat menarik di Mesir. Entri ni merupakan sambungan entri ana tentang Mesir yang sebelum-sebelum ni ana post tu. Ana lebih mendedahkan tentang tempat-tempat menarik di ISKANDARIAH, KAHERAH, DUMYAT & MANSOURA. Tujuannya supaya senang nanti kalau ada kawan-kawan ana yang nak ke sana, boleh la rujuk tempat-tempat yang ana post tu.

Berbalik kepada Matrouh, matrouh merupakan tempat yang sangat-sangat cantik. Warna airnya tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata. Kawan-kawan mesti tertanya-tanya kan, cantik mana sangat la Matrouh ni. Haaa, boleh tengok gambar-gambar ana dan sahabat-sahabat lain kat bawah ni:


Teluk Ajibah (Bahar Ajibah / Laut Ajaib)
-10 km dari Marsa matruh. Dinamakan Bahar Ajibah kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.



Pantai Cleopatra (Bahar Cleopatra / Laut Cleopatra)
-7 km dari Marsa Matruh. Disini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi) dan juga tempat bersiram permaisuri Cleopatra. Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam. 






ana juga tidak melepaskan peluang untuk mendayung benda dekat atas ni selama 30minit. yang pastinya, ana dapat pengalaman yang sangat-sangat berharga disana :D


Cantikkan..

Ana juga berkesempatan melawat Souq Libya. 


Pasar Libya (sempadan Libya)
-Merupakan tempat membeli belah yang amat terkenal di Bandar Marsa Matruh. Disini terdapat pelbagai barang seperti makanan, pakaian, barang-barang hiasan dan barang-barang keperluan lain. Harga barangan disini juga berpatutan. Kebanyakan barang yang terdapat disini berasal dari negara jiran iaitu Libya.


Sampai disini saja untuk kali ni :D



Syukran Sudi Membaca

Pilihanraya Kampus


Assalamualaikum, ahaa, tajuk post kali ni agak gempak sikit oke. Berkaitan dengan politik kampus. Almaklumlah, esok mengundi. Kawan-kawan dah tau ke nak undi yang mana satu? Undi adalah rahsia.. oke-oke.. ana faham. Tapi jangan lupa mengundi plak ye, setiap undian anda sangat berharga.

Tapi, dalam memilih pemimpin, kita kena tengok juga kelayakannya, sifat kepimpinannya. Bukan semata-mata taksub terhadap sesuatu parti/pertubuhan sehingga yang salah pun kita benarkan, yang haram pun kita halalkan. Boleh ke macam tu? Ish3.. tak baik laa.. jom baca lagi, ana nak selit sikit tentang ciri-ciri pemimpin yang baik

Pada asalnya, setiap orang adalah pemimpin, pemimpin kepada diri sendiri. Tapi, kalau kita nak pilih pemimpin tue, biarlah yang betul-betul layak, yang mempunyai ciri-ciri yang digariskan dalam Islam, berikut adalah ciri-cirinya :

1.Mengajak Bertaqwa Kepada Allah
2.Adil Kepada Semua Orang Dan Tidak Pandang Bulu
3.Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar
4.Menjadi Suri Tauladan Yang Baik Bagi Masyarakat
5.Mendorong Kerja Sama Dalam Memperjuangkan Kesejahteraan Bersama
6.Mengukuhkan Tali Persaudaraan dan Kesatuan dan Persatuan
7.Akomodatif, Pemaaf, Merangkul Semua Golongan dan Mengedepankan Musyawarah Dalam Setiap Mengambil Keputusan Penting Untuk Masyarakat
8.Jujur dan Amanat
9.Berwawasan Dan Berpengetahuan Luas dan Mencintai Ilmu Pengetahuan
10.Teguh Pendirian, Tegar dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian

Yang pasti, pilih yang pentingkan agama. Alkisah ana nak share sikit blog-blog politik mengenai PRK di universiti ana. Macam-macam jugak dikecohkan mengenai PRK ni, boleh follow blog ni bagi yang berminat ( GMUKM, ASPIRASI).

Pagi ni pun ana dapat benda ni dekat depan pintu bilik ana.



Oke, terima kasih kepada yang susah2 je edar benda ni, tapi ada 1 benda ja yang ana minat.. tadaaaa..



Jadual semester. Terima kasih sebab bagi benda ni. Yang lain tu, tak bermakna pun. Hehhe.. PRK universiti korang macamna pulak? Dengar kata hambar je kan.. Apa-apa pun, selamat mengundi, buatlah pilihan yang bijak :D

Syukran Sudi Membaca

Solat Sunat Taubat


Assalamualaikum, post ana kali ni berkaitan dengan solat sunat taubat. Nak tahu kenapa ana tergerak hati nak post tentang solat ni ? sebabnya yang pertama, kita sebagai hamba Allah banyak sangat melakukan dosa. Tak kira la dosa kecil ke dosa besar ke. Kadang-kadang tu, kita tak perasan pun kita buat dosa. Kalau dengan manusia, boleh cepat-cepat mintak maaf. Kalau dengan Allah?? Sujud mengadapNya la jawabnya. 

Sememangnya dengan istighfar pun dosa akan terhapus (tue pun kalau bersungguh-sungguh la kan) tapi nak lebih Nampak bersungguh-sungguh, dengan solat sunat taubat ni la.  Allah sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Cara yang terbaik  ialah dikerjakan solat sunat taubat di rumah tengah malam semasa orang lain nyenyak tidur. Ketika sujud yang terakhir dilamakan sujud dan direnungkan segala dosa yang telanjur yang telah dilakukan dan direnungkan pula bagaimana dahsyatnya siksaan Allah. Begitu juga setelah memberi salam diangkat tangan sambil memohon keampunan dari Allah. Hendaklah diingat-ingat segala kesalahan yang dilakukan, hendaklah direnungkan bagaimana beraninya kita melanggar perintah Allah dan kita bayangkan betapa hebatnya siksa Allah. 

Banyakkan sebenarnya dosa kita dengan Allah. Jom solat sunat taubat. Bawah ni saya sertakan cara-cara solat.



Simple je kan, yang penting niat tu. Sampai disini saja entri kali ni. Salam muhasabah :D




Syukran Sudi Membaca

Kad Siswa 1 Malaysia


Assalamualaikum semua, entri kali ni ana nak crita sikit tentang KAD SISWA 1 MALAYSIA. Sahabat semua dah ambil ke? Kalau belum, pegi la ambil. Kita manfaatkan kemudahan yang diberi sebab ana ada terbaca banyak jugak tempat-tempat yang boleh kita gunakan kad ni.


Kelebihan kad ni adalah :

·         Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
·         Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
·         Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.



Yang paling bestnye ana nak kongsi disini adalah terdapat 51 syarikat yang bersetuju memberi diskaun melalui KDS1M ini. Berikut adalah senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian mengikut kategori;


  • MPH Bookstores
  • Imlaq Book Centre
  • BORDERS
  • RONA
  • Kiang Trading
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  • Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  • Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian

  • Bata
  • iFamily
  • Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  • Texline Lino
  • Klinik / Optometri / Cermin Mata
  • Poliklinik An-Nisa’
  • Qualitas Health
  • Focus Point
  • Menara Optometry
Makanan Dan Minuman

  • KFC
  • Daily Fresh
  • A&W
  • Coffee Berry
  • The Chicken Rice Shop
  • Restoran Kenny Crab
  • Sweet Chat
  • Legend’s Claypot Bariyani House
  • Dubu Dubu Seoul Food
  • My Java Coffee
  • Pancake House International
  • Station One Cafe
  • Gloria Jean’s Coffee
  • Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan

  • Ancasa Hotels & Resorts
  • Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  • Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  • Jerejak Rainforest Resort Penang
  • Ancasa Express Pudu
  • Tune Hotel
  • Leo Express Hotel
  • Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  • Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  • Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  • Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  • Rakyat Travel SDN BHD
Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan

  • Foot Master
  • Paris Hill
  • Proactiv
  • Clara
  • Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT

  • Koperasi Celcom Berhad
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain

  • BKZ Bikerz (Motosikal)
  • Roller Star Arena (Kasut Roda)
  • Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  • Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  • Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  • MYDIN

Haaa, banyak kan sampai KFC pun termasuk jugak. Jadi, buat mahasiswa/wi diluar sana, cepat-cepatlah dapatkan kad ini ye. Guna jelah rezeki orang bagi. Jangan simpan..hehhe.. wassalam..



Syukran Sudi Membaca

Dumyat dan Mansoura


Asslamualaikum, kali nie entri ana berkisar pengalaman di Dumyat. Ini adalah sambungan dari kisah ana di Mesir. Ana habiskan masa hanya 3 hari di sini. Subhanallah, Dumyat ni rupanya tempat yang cantik juga ye. Pantainye bersih dan sesuai sangat untuk mandi mandi jika nak dibandingkan dengan di ISKANDARIAH yang memang menjadi tumpuan ramai. Jika di KAHERAH, memang xnampak pantai la..hehe

Apa ye nak cerita kat sini. Haa, mungkin kawan-kawan boleh tengok gambar di bawah ni. Banyak jugak tempat menarik disini. 


Ni gambar masa ana dan sahabat-sahabat bersiar-siar makan angin dekat pantai Dumyat. sejam jugak la naik tramco dari tempat ana tinggal. kami semua bertujuh :D 


Ni pulak papan tanda di roksul bahri. tempat pertemuan diantara sungai Nil dengan laut. Subhanallah, tak terungkap dengan kata-kata. Air sungai dan air laut tidak bercampur 


Ni kami naik macam kapal la pusing Sg Nil. 


aktiviti terakhir kami disini adalah swimming..hehhe..bes dapat mandi disini dan dapat kerang yang sangat-sangat besar. Perjalanan kami diteruskan lagi dengan seharian kami bershopping di Mansoura. dekat ake kalau pegi dari Dumyat. 



Ok kawan-kawan, rasanya sampai disini dlu post ana kali ni, InsyaAllah ana akan post tentang Matrouh pula lepas ni ok.. Syukran. Wassalam






Syukran Sudi Membaca

Ice Room Bangi


Assalamualaikum, selamat tengahari suma. Entri kali ni ana nak cerita sikit tentang ice room. Selalu je tengok atau dengar orang cakap ice room ni sedap. Haa, dah cakap sedap tuh, tunggu apa lagi.. Jom serbuuu..


Kita kalau dengar je Ice Room mesti dalam kepala aiskrim kan. Memang aiskrim pun tapi dia ada banyak lagi menu yang tersedia.




Makanan yang diorder. Memang sedap sumenya dan berbaloi dengan harga..


Ni pula harga untuk ana dan sahabat ana makan haritu. Boleh tahan jugak mahalnya. Sekali sekala boleh la nak pegi, kalau tiap hari kering poket dibuatnya..hehe

Kalau nak tengok lebih lanjut boleh ke laman webnya.. KLIK SINI .. boleh tengok cawangan-cawangan yang berdekatan dan serbuu..

Sampai disini saja.. Selamat menjamu selera

Syukran Sudi Membaca

Kaherah


Assalamualaikum semua, sihat ke. Entri ana kali ini adalah tentang bumi Kaherah. Ia seperti yang dijanjikan masa entri ana yang sebelum ni. Ingat tak? Kalau tak ingat, boleh KLIK SINI.

Ana berada di sana selama 2 minggu dan sempat juga menyambut puasa serta berhari raya disana. Jom kita tengok tempat-tempat yang sempat ana melawat semasa di sana.  


Masjid 4 Mazhab


Masjid Al-Azhar 


Masjid Amru Al-Ass 


Masjid Saidina Hussein (cucu Rasulullah) 


Menaiki tren laju ke Shoubra-kilang kristal ASFOUR 


Melawat makam-makam nabi, para sahabat, wali-wali Allah.. Alhamdulillah, tempat-tempat ni sangat sesuai untuk berdoa 



Qolaah Salahuddin di Cairo 



Piramid!! 

Haaa, yang bawah ni pulak gambar ana dengan sahabat-sahabat beraya di sana. solat eidulfitri di Souq Sayyarah bersalam-salaman serta bermaafan. 


Oke, cukup dulu sampai disini, lepas ni ana akan post tentang Dumyat pula ok.. Wassalam



Syukran Sudi Membaca

Iskandariah


Assalamualaikum semua, post kali ni ana nak cerita sikit pengalaman ana di Alexandria, Mesir atau lebih dikenali Iskandariah. Ana tinggal di Iskandariah lebih kurang 2 bulan. Timba ilmu sambil jalan-jalan di sana. Banyak tempat menarik yang terdapat di sana. Jom tengok tempat-tempatnya.

Gambar atas ni Library Alex. Besar bahagian dalamannya dan terletak sangat dekat dengan Univ Alex dan juga lebih kurang 15minit je dari rumah yang kami tinggal.



Tempat yang boleh berbasikal ni namanya Ma'moura. sangat makmur tempatnya. tenang je tapi nak masuk pun kena entrance fee ok! 



Tempat ini pula namanya Manshiah. tempat shopping barang. Banyak barang kat sini terutamanya tudung, jubah dll. lebih kurang 15 minit jugak dari rumah kami tinggal :D 


Gambar atas ni di Montazah. Banyak pohon kurma disini. juga terdapat istana Raja Farouk.


 Sempat juga beberapa kali kami ke Masjid Abu Abbas. Alhamdulillah 


Pantai ni 5minit aje dari rumah. dekat sangat. Rindunya suasana di sana. 


Tempat atas ni adalah Qolaah Salahuddin. Tak nak cerita panjang-panjang. Kalau nak tau, google la ye dan kalau datang sini, jangan lupa ziarah tempat-tempat ni ok

Ana bersyukur sangat dapat menjejak kaki ke sini. Nantikan next entri tentang bumi mesir jugak tapi di Kaherah pulak ok :D

Syukran Sudi Membaca