Hutan Rekreasi Sungai Tekala


Assalamualaikum, ana harap semua sihat-sihat la ye. Entri ana kali ni adalah berkaitan dengan Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Ana pergi bersama-sama 8 lagi sahabat yang lain. Ramai kan, pegi ramai-ramai baru best. Sungai Tekala ni tak jauh sangat dari UKM. Dalam 1jam lebih saja. Kami bertolak dalam jam 11 pagi.. haa, gambar bawah ni kami dah sampai destinasi.. yeayyy!


Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam je dekat sini sebab ada plan lain..hehe. Lepas puas mandi, makan-makan, dalam jam 2.30 petang kami dah bertolak pulang. Lagipun nampak macam nak hujan je. Bimbang jugak kami ni. Apa-apa pun, best jugak sungai tekala ni. Airnya sejuk. Sesuai sangat la nak berhujung minggu bersama keluarga tersayang.



Lepas mandi-manda, kami meneruskan perjalanan ke area Putrajaya. Shopping-shopping di Alamanda, makan big apple yang sangat sedap di sana. Aicehhh, ana suka big apple ok!.. hee.. kami juga menghabiskan masa shopping di Mydin Putrajaya & Warta Bangi..hehe



Jam sudah menunjukkan pkul 6.30 malam. Terus aje ke Masjid Besi. Subhanallah cantik sangat Masjid ni bila malam sebab diterangi lampu warna warni.. ditambah pula kedudukannya tepi tasik. Memang luas masjidnya. Ada escalator dan lif lagi. Apa yang menjadi tanda tanya, masjid yang sangat luas dan cantik tapi jemaahnya sangat sedikit. Tetiba teringat tanda-tanda akhir zaman dimana masjid-masjid dibangunkan dengan megah tetapi tiada jemaahnya. Ya Allah..



Lepas solat maghrib di Masjid Besi, kami mengisi minyak a.k.a perut kami di Yati Ayam Percik. Sedap makanan di sini. Banyak pilihan dan yang pastinya nasi kerabu ayam percik menjadi pilihan. Mavelessssss !


Ana hepi sangat dapat menghabiskan masa sehari bersama sahabat ana. Nak mention sikit nama diaorg disini biar femes..hehhe.. mereka adalah FARIDHA, SYIRAH, FARHANI, AISYAH, WANI, MAZA, YANI DAN AINI..



Moga persahabatan yang terjalin akan terus kekal seperti untaian tasbih yang ada awal tetapi tiada penghujungnya.. INSYAALLAH.. moga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.. Ukhuwah Fillah



Syukran Sudi Membaca

14 comments:

  1. alhamdulillah, dapat erat ukhuwh :)

    ReplyDelete
  2. waaa nasik kerabu ayam percik?
    bestnya lahhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat-sangat sedap..mesti cuba tau :)

      Delete
  3. lama x mandi sungai.. best2 :)

    ReplyDelete
  4. x pernah dengar tempat tu
    thx sharing
    masjidnya sangat awesome
    cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid nya dekat putrajaya je..boleh la pegi lps ni :)

      Delete
  5. akak pernah sekali je ke sini, tu pun bila dah berkuarga, time kat ukm x berjalan2 pun,.. seronok kan ronda2 ngan kawan2 boleh release tensyen..

    ReplyDelete
  6. wah lawa Tekala ni rupanya.. td gi sementih nampak signboard dia.. nak gi la gak pasni

    ReplyDelete
  7. seronok dapat jalan2 dengan kawan2 ^_^

    ReplyDelete