Kuala Perlis


Assalamualaikum semua, Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kekuatan untuk berblogging. Entri kali ni tentang Kuala Perlis. Ana pergi dengan family ana minggu lepas sebelum ana kembali ke UKM.  Kuala Perlis ni tempatnya cantik tapi masa ana pergi, air lautnya cetek. Jadi, macam tak best sangat la pemandangan nya. Kalau sape-sape yang pegi Kuala Perlis, boleh la tengok pemandangan dari Menara Tinjau..Kalau air pasang, memang cantik sangat..



Lepas menghabiskan masa di Menara Tinjau, tibalah masa untuk pegi makan-makan.. haha.. ana sampai di Kuala Perlis ni pun dah jam 6 petang dah, jadinya kejap je la di Menara Tinjau and then terus cari kedai makan sambil ambil angin pantai.

Malam tu, ana dan family ana order je apa yang rasa nak makan. Ni la benda-benda yang kami order:

2 ekor ikan jenahak king size (sekor masak 3 rasa, sekor bakar)
2 kilo sotong goreng tepung
Tomyam
Sayur Kailan Ikan Masin
Ulam-ulaman
2 jug fresh oren
Air ABC
6 ekor ikan kembung goreng tepung


Fuhhhh..memang makan besar laa. Total semua ana lupa nak tanya ayah ana. Kami ke sini pun semua rancangan ayah dengan mak ana la sebabnya semua ada di rumah. Jadi, jalan-jalan la ye walaupun dekat. Takde la jauh mana Kuala Perlis ni dengan rumah ana. Dalam 2jam je. Nak jalan jauh-jauh ayah ana pula sibuk memanjang dengan kejenya. 

Alhamdulillah dikurniakan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. 


Ya Allah. Kekalkanlah kebahagiaan keluarga kami, jauhilah keluarga kami daripada bala dan bencana yang tidak kami ingini. Ampunkan dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami, peliharalah keluarga kami hingga akhir nanti kami bertemu di Syurga yang kekal abadi. Amin Ya Rob

Ok, sampai disini dulu. Sape yang keempunan nak makan ikan bakar tu, cepat-cepat la ye. Makan tepi pantai baru terasa nikmatnya..hehhe. Jom jalan-jalan Kuala Perlis ^_^



Syukran Sudi Membaca

11 comments:

  1. ala besnya,tah bila la ada pluang nak p sana.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bes especially dpt makan ikan bakar tepi pantai..hehe..jom g sana :)

      Delete
  2. amazing
    follow me I'll follow you back :)
    http://bloggergresikcommunity.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. araa, jom la ke kole perlehhh..hehhe :)

      Delete
  4. pernah sampai setakat kuala perlis shj waktu nak ke LAngkawi hampir 3 tahun lalu..

    ReplyDelete
  5. x pernah lagi sampai perlis,,,huhu

    ReplyDelete
  6. lama tak sampai sana.. terkenang ikan bakar dia yg best tu.. sotong goreng tepung..laksa perlis.. mcm2 la :).

    salam kenal

    ReplyDelete
  7. pernah sampai sekali...kat sane femes mangga harum manis ngn laksa kalu tak salahlah..

    ReplyDelete