Restoren Wong Solo Bangi


Assalamualaikum semua. Hope sihat-sihat saja. Entri ana kali ni adalah mengenai food review. Kali ni ana berkesempatan untuk makan di Restoren Wong Solo, Bangi. Dekat je lokasi nya iaitu di Seksyen 9. Ana dengan sahabat makan tengahari disana. Ramai jugak orang makan dekat sini. Korang sume penah makan di sini tak? Pendapat ana best sangat makan kat sini.

Restoren ni boleh dibuat pilihan samada makan atas kerusi seperti biasa ataupun makan bersila. Masa ana pegi, ramai sangat orang. Hajat nak makan bersila tapi full pulak, jadinya makan atas kerusi biasa je la. Bila duduk je dekat meja pilihan, akan ada waiter datang & bagi buku menu. Banyak jugak makanan di sini. Waiternya pun pakai baju batik warna coklat ala-ala Indon gitew. Haa, ni la buku menunya.



Banyak kan makanan. Ana dan sahabat ana memilih nasi ayam bakar dan nasi ayam penyet. Pastu tambah gado-gado. Nampak sedap je gado-gado ni. Minuman pula kami pilih teh o ais limau dan sirap limau. Hajat di hati nak order jus avocado tapi dah habis pulak. Takpe, lain hari boleh datang lagi kan. Hehee.. jom layan gambar dulu.. yummyyy..






Pendapat ana, makanan kat sini sangat sedap dan sesuai la dengan harganya, gado-gado dia pun sedap dari sayur-sayur sampailah ke kuahnya. Memang masuklah. Pastu nasi ayam penyet dan ayam bakar memang meletupp.. sangat sedap. Ada jugak disediakan cili, memang berasap cilinya. Letak sikit pun jadi dah. . Alhamdulillah, licin sudah


Masa untuk taburkan wang..hihi..total sume RM 35.30 . 



Berbaloi la sebab sedap kan. 

p/s: sape yang dekat dengan Restoren Wong Solo, tak kira la dekat Shah Alam ke mana-mana ke boleh la cuba. Mesti cuba tau.

Syukran Sudi Membaca

Kanak-Kanak Zaman Sekarang



Assalamualaikum, entri ana kali ni adalah bekenaan dengan zaman kanak-kanak & teknologi terkini.  emm, sebut je pasal zaman kanak-kanak, mesti kita terkenangkan zaman kita kecik-kecik dulu. zaman di mana kita masih lagi hingusan, rasa nak enjoy je.. tak perlu pikir apa-apa masalah..kann?? Yang kita tahu nak seronok je kan..Memang best bila kita jadi kanak-kanak ni..


Bila korang kenang-kenang balik zaman kanak-kanak korang mesti berbeza dengan zaman kanak-kanak sekarang. Zaman kita dulu kalau yang perempuan ke lelaki semestinya akan bermain di luar rumah. Macam-macam yang boleh kita main bersama sahabat-sahabat kita. Yang perempuan tu kebanyakkannya main masak-masak. Ambil daun, kayu, batu, dan macam-macam pokok yang berwarna-warni lah untuk dijadikan bahan masak-masak.  Zaman dulu jugak lelaki perempuan sama je. Semuanya sekepala nak main apa. Main  batu seremban, main kejar-kejar, panjat pokok, mandi sungai, dan macam-macam lagilah.



Cuba korang lihat balik, semua permainan yang kita main zaman dulu tue semuanya permainan yang kita main di luar rumah  dan yang mencabar ketahanan fizikal dan mental kita. Mana tak nya, nak main semua tu mesti kuat fizikal. Secara tak lansungnya tubuh badan kita nie sentiasa sihat dan otak kita pun cergas je. Tak perlu nak bersenam lagi.  Lagi satu, bila kita bermain dengan sahabat-sahabat kita, bukankah dapat mengeratkan silaturrahim..

Berbeza pulak zaman kita kanak-kanak dengan zaman kanak-kanak sekarang. Kanak-kanak sekarang tak ada maknanya nak main kat luar rumah ni. Kerja mereka memerap dalam bilit dan menghadap laptop ,komputer , ipad dan yang seangkatan dengannya. Nak main masak-masak pun mereka dah upgrade dah.. Tak perlu keluar rumah nak cari kayu, daun, batu.. Mereka sekarang gunakan Barbie doll tue je, takpun main cooking games online.. Kalau dulu jugak kita main kejar-kejar, kanak-kanak sekarang main jugak kejar-kejar ni, tapi main kejar-kejar dalam games.. Berlumba kereta dalam games la apa lagi..


Zaman kanak-kanak kita dulu, kita lebih suka bercakap depan-depan dengan sahabat kita, kalau tak pun, kena la pergi jumpa tapi zaman sekarang kanak-kanak lebih suka berchatting dengan sahabat mereka. Kesimpulannya, zaman kanak-kanak dulu dan sekarang memang jauh berbeza. Sangat-sangatlah jauh perbezaannya.. Maklumlah perubahan zaman telah berlakunya. Zaman sekarang semua guna laptop, computer, ipad je kalau nak main, paling koman pun guna henset untuk main games…


Tapi kita kena ingat!!  zaman memang telah berubah tetapi hukum ALLAH tetap tidak akan berubah. Kalau dari dulu solat tu wajib, sampai akhir hayat kitalah solat tu tetap wajib..So, walau zaman berubah, kita perlu tetap mendidik kanak-kanak dengan didikan agama yang betul. Pantau setiap perlakuan mereka dan yang paling penting didiklah mereka supaya tidak meninggalkan solat. Solat tu kan tiang agama.. Jangan biarkan mereka terlalu leka dengan permainan mereka sehinggakan solat di abaikan.

Walau sibuk bagaimanapun kita, berilah didikan yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak kerana mereka berhak mendapat didikan yang sempurna. Contohilah Rasulullah dalam mendidik anak-anak. Kita hidup nie tak adalah sesibuk mana.. Rasulullah lagi sibuk hidupnya dari kita nie. Lagi besar tanggunjawab yang dipikulnya. Tapi, baginda tak pernah mengabaikan anak-anak. Baginda tetap melayan anak-anak dengan sebaik yang mungkin.

Ingatlah, anak-anak adalah amanah yang ALLAH berikan kepada setiap manusia yang bergelar ibu dan ayah. Setiap amanah nie akan dipersoalkan di akhirat nanti. Ajarlah anak-anak dengan ajaran yang betul. Dengan tue barulah anak-anak kita menjadi anak yang berguna didunia dan akhirat. Bak kata pepatah, sayang anak tangan-tangankan…< tak nak sambung pepatah ni sampai habis sebab yang belakangnya tu ana kurang setuju..hehe >




Syukran Sudi Membaca

Salam Maal Hijrah 1434H



Assalamualaikum, salam maal hijrah semua. Pertamanya, ana bersyukur sangat masih diberi nikmat nafas untuk berada di muka bumi Allah ni..dan dengan nikmat yang diberikan Allah ni, moga ana dan sahabat semua dapat memperbaiki diri dari segala segi InsyaAllah..

Ada sesiapa tahu pengertian Muharam? Jom kita recall balik..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 91).

Sejak pemansuhan tu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah terdapat bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Emm, apa yang perkara –perkara  dilakukan pada bulan Muharram ni ye? Haa, first of all, baca  akhir & doa awal tahun seperti kat bawah ni. Doa awal tahun selepas selesai solat asar sebelum maghrib & akhir tahun dibaca selepas solat maghrib (boleh klik gambar utk lebih jelas)



Next, banyakkan membaca al-quran & puasa pada 10Muharram


Sempena tahun baru, lembaran baru, azamkan lah untuk memperbaiki diri..moga Allah membantu kita dalam setiap saat kita dimuka bumi Allah ini..Ameen..
 Sampai disini dulu. renung-renungkan & selamat beramal J


Syukran Sudi Membaca

Part 2 : Qortubarians berkumpul di Mr Kabab & Biryani


Assalamualaikum semua, entri kali ini adalah siri ke dua daripada siri pertama. Macam pelik je kan. Ok, begini, entri kali ni adalah berkaitan dengan Qortubarian berkumpul sambungan daripada part 1 sebelum ni. Ada yang terlepas nak baca entri tu? Boleh klik SINI.

Kali ni Qortubarian berkumpul di Putrajaya pulak. Restoren arab jugak yang kami cari. Restoren ni namanya Mr Kabab & Biryani. Lebih kurang macam restoren Hadralmaut. 


Haa, ni menu book nya.. jom order J





Macam-macam masakan arab ada disini, just order saja. Tempat ni pun agak ekslusif, bersih dan yang pasti ana sukaaa. Sesape yang suka makanan arab, memang wajib datang sini, cuba makanan kat sini pulak. Sedap je semua.

Emm, yang ni ana order..nyum2.. just RM 12




Lepas selesai makan, kami ke ALAMANDA for window shoping




Last but not least, tak lupa big apple.. hehe < peminat tegar big apple> Sampai disini dulu.



Syukran Sudi Membaca

Steamboat Antarabangsa Bangi


Assalamualaikum, entri ana kali ni adalah berkaitan dengan steamboat. Sape penah makan angkat tangan. Hehe. Kali ni ana makan steamboat dekat steamboat antarabangsa bangi. Dekat aja dengan premis pengajian ana. Aicehhh. Dekat dengan UKM la.



Apa yang ana nak cakap tentang restoren ni ok la. Bersih dan kemas serta banyak pilihan dari fishcake, fish ball & segala ball ball nya, dengan sayurnya pelbagai jenis, seafoodnya, buah-buahan sampai la ke aiskrim. Memang banyak sangat pilihan. Berbaloi ana bayar RM25 tu. 

Haa, kat sini sorang makan RM 25. Kat sini jugak menggunakan konsep ‘Eat all you can’. Jadinya, bila sampai tu terus aje pilih meja nak duduk kat mana & selepas diberi pinggan, bolehlah pegi ambil apa je yang nak. Semua pun takpe asalkan tak membazir. Hehhee.

Jom view gambar : 


Ni part seafood, ada sotong, udang, ayam, daging dll ( banyak sangat) 



Yang atas ni pulak, ball segala ball.. ni baru gambar sikit tp hakikatnya banyak lagi hah 


tadaaa, the making of steamboat(part 1 baru ni) hahah.. banyak part kami disini


Ni total harga kami bertiga J


Haa, memang betul kan ana cakap restoren ni bersih & banyak pilihan. Korang nak tahu alamatnya. Alamatnya dekat bawah ni, (dekat resit atas ni pun ada) :

Jalan Medan Pusat Bandar 4a, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Ahaa, cepat-cepatlah ye korang cari..

Ana rasa sampai disini dulu. Selamat bersteamboat J



Syukran Sudi Membaca

Happy Birthday Yang Ke-23 Faridha!


Assalamualaikum, kaifahalukum jami’an? Ana doakan semoga semua ceria-ceria & hepi slalu. Entri ana kali ni ana nak ucapkan selamat hari lahir untuk kawan ana.. selamat hari lahir FARIDHA!
Selamat Hari Lahir istimewa buat kamu  yg jauh di mata tp dekat di hati.. TV9. Hahah..jauh la sangat kan J

Semoga panjang umur & murah rezeki.  didoakan moga tiap langkah yg diatur, tiap perancangan, tiap impian dan harapan, sentiasa berada dlm limpah rahmat ilahi. Dan moga apa yg dihajati akan tertunai jua akhirnya...

Haa, ni copipes ok.. tapi memang utk kamu Faridha!!

Semalam hari lahirmu....
semalam bertambah lagi usiamu jua tanggungjawabmu
serta menjadikanmu lebih matang dek ujian mendatang...
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung
onak dan duri...
Semalam ALLAH telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya...
semakin kurang tempoh beramal...
semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu....
semakin bersedia malaikat datang menjemputmu.....
semakin dekat masa amalan dihitung dan
semakin hampir haruman firdausi
atau azabnya neraka jahanam....
marilah kita sama-sama bermuhasabah atas amalan kita lakukan
selama ini...
SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT KU...

Nie hadiah nya J




Kek digantikan dgn big apple..lain dr yg lain

Sampai disini dulu. sebelum mengakhiri entri kali ni, jom kita sama2 nyanyi lagu Selamat Hari Lahir untuk sahabat ana ni,

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Faridha,
Allah selamatkan kamu,
Amin ^_^

Syukran Sudi Membaca

Solat Jumaat


Assalamualaikum semua, entri ana kali ni adalah berkaitan dengan solat jumaat. Ana tulis entri ni sebab hari ni Sayyidul Ayyam. Hari Jumaat. Apa yang orang Islam selalu buat hari jumaat? Haa, sape tak tahu kena masuk tadika balik la ye..hehehe


Solat Jumaat tu adalah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.haa, dah tu, jangan tinggal solat jumaat pulak. Ni ditujukan untuk muslimin-muslimin ok. Muslimat boleh baca untuk tambah ilmu. J

Hari ini kita dapati semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat. Ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika orang lain sedang menunaikan fardhu Jumaat. Ada yang mengambil kesempatan balik tidur di rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat Jumaat. Ada pula yang pergi ke masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat, sebaliknya melepak di atas tembok, basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah.

Mereka pulang bersama orang yang bersolat Jumaat pulang. Mereka tidak sedar bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar. Jika kita tidak menunaikan solat Jumaat hati kita akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah. Kita juga akan terpinggir dari rahmat Allah. Malah kita akan digolongkan bersama orang-orang yang munafik. Orang munafik ini menurut firman Allah dalam surah An-Nisa' bakal dihumban ke dalam neraka yang paling bawah, di dasar jahanam. Alangkah malang dan hinanya nasib manusia yang tidak mahu menunaikan solat Jumaat ini .

Sampai disini dulu. Salam muhasabah J

Syukran Sudi Membaca