Assalamualaikum, entri ana kali ni adalah bekenaan dengan zaman
kanak-kanak & teknologi terkini.
emm, sebut je pasal zaman kanak-kanak, mesti kita terkenangkan zaman
kita kecik-kecik dulu. zaman di mana kita masih lagi hingusan, rasa nak enjoy
je.. tak perlu pikir apa-apa masalah..kann?? Yang kita tahu nak seronok je
kan..Memang best bila kita jadi kanak-kanak ni..
Bila korang kenang-kenang balik zaman kanak-kanak korang mesti
berbeza dengan zaman kanak-kanak sekarang. Zaman kita dulu kalau yang perempuan
ke lelaki semestinya akan bermain di luar rumah. Macam-macam yang boleh kita
main bersama sahabat-sahabat kita. Yang perempuan tu kebanyakkannya main
masak-masak. Ambil daun, kayu, batu, dan macam-macam pokok yang berwarna-warni
lah untuk dijadikan bahan masak-masak.
Zaman dulu jugak lelaki perempuan sama je. Semuanya sekepala nak main
apa. Main batu seremban, main
kejar-kejar, panjat pokok, mandi sungai, dan macam-macam lagilah.
Cuba korang lihat balik, semua permainan yang kita main zaman
dulu tue semuanya permainan yang kita main di luar rumah dan yang mencabar ketahanan fizikal dan
mental kita. Mana tak nya, nak main semua tu mesti kuat fizikal. Secara tak
lansungnya tubuh badan kita nie sentiasa sihat dan otak kita pun cergas je. Tak
perlu nak bersenam lagi. Lagi satu, bila
kita bermain dengan sahabat-sahabat kita, bukankah dapat mengeratkan
silaturrahim..
Berbeza pulak zaman kita kanak-kanak dengan zaman kanak-kanak
sekarang. Kanak-kanak sekarang tak ada maknanya nak main kat luar rumah ni.
Kerja mereka memerap dalam bilit dan menghadap laptop ,komputer , ipad dan yang
seangkatan dengannya. Nak main masak-masak pun mereka dah upgrade dah.. Tak
perlu keluar rumah nak cari kayu, daun, batu.. Mereka sekarang gunakan Barbie
doll tue je, takpun main cooking games online.. Kalau dulu jugak kita main
kejar-kejar, kanak-kanak sekarang main jugak kejar-kejar ni, tapi main
kejar-kejar dalam games.. Berlumba kereta dalam games la apa lagi..
Zaman kanak-kanak kita dulu, kita lebih suka bercakap depan-depan
dengan sahabat kita, kalau tak pun, kena la pergi jumpa tapi zaman sekarang
kanak-kanak lebih suka berchatting dengan sahabat mereka. Kesimpulannya, zaman
kanak-kanak dulu dan sekarang memang jauh berbeza. Sangat-sangatlah jauh
perbezaannya.. Maklumlah perubahan zaman telah berlakunya. Zaman sekarang semua
guna laptop, computer, ipad je kalau nak main, paling koman pun guna henset
untuk main games…
Tapi kita kena ingat!!
zaman memang telah berubah tetapi hukum ALLAH tetap tidak akan berubah.
Kalau dari dulu solat tu wajib, sampai akhir hayat kitalah solat tu tetap
wajib..So, walau zaman berubah, kita perlu tetap mendidik kanak-kanak dengan
didikan agama yang betul. Pantau setiap perlakuan mereka dan yang paling
penting didiklah mereka supaya tidak meninggalkan solat. Solat tu kan tiang
agama.. Jangan biarkan mereka terlalu leka dengan permainan mereka sehinggakan
solat di abaikan.
Walau sibuk bagaimanapun kita, berilah didikan yang
sebaik-baiknya kepada kanak-kanak kerana mereka berhak mendapat didikan yang
sempurna. Contohilah Rasulullah dalam mendidik anak-anak. Kita hidup nie tak
adalah sesibuk mana.. Rasulullah lagi sibuk hidupnya dari kita nie. Lagi besar
tanggunjawab yang dipikulnya. Tapi, baginda tak pernah mengabaikan anak-anak.
Baginda tetap melayan anak-anak dengan sebaik yang mungkin.
Ingatlah, anak-anak adalah amanah yang ALLAH berikan kepada
setiap manusia yang bergelar ibu dan ayah. Setiap amanah nie akan dipersoalkan
di akhirat nanti. Ajarlah anak-anak dengan ajaran yang betul. Dengan tue
barulah anak-anak kita menjadi anak yang berguna didunia dan akhirat. Bak kata
pepatah, sayang anak tangan-tangankan…< tak nak sambung pepatah ni sampai
habis sebab yang belakangnya tu ana kurang setuju..hehe >
tapi bagi saya zaman kanak-kanak dulu best..sangat best..ramai kawan-kawan main sama-sama. Main lompat getah, baling tin, baling selipar..hehe..rindu zaman kecil-kecil dulu.
ReplyDeleteSetuju nurul aini..
ReplyDeleteMemang zaman kanak-kanak best giler..
Well saya belum tua sangat..hehe
bru 16 so dptlh rasa lagi zaman kanak2
:)
ye, memg betul. sgt berbeza ngn zaman sy jgk.
ReplyDeletex salah diorang mngenal ilmu IT dgn syarat,
- aturkan masa, hadkan masa, bagi mereka mengenal ilmu IT supaya tidak berlebihan (ia perlu diajar agar anak2 x pergi rmh kawan atau cybercafe utk men game atau internet kat cna).
- sentiasa memantau dgn siapa mereka brkawan di alam maya dan alam realiti.
mgkin sbb mereka ngn kwn2 mereka sama2 men tenet, jd kwn utk buat kgiatan luar xde, jadi..
- ibu bapa perlu menjadi teman bg anak2 (lps asar) utk beriadah di luar (sbb diorg kdg2 xde kwn, tu yg malas nak kuar).
- penuhi aktiviti mereka secara bersama (ajar mrk prmainan masa lampau kite).
agar mereka rasa dihargai dan disayangi.
sekadar pendapat. sy cuma ada anak2 buah2 je. baru 12 orang. ada 3 4 orang cm situasi kat atas.ha2
pi zmn knk2 kite yg dlu2 lagi best+sihat pulak tu..zmn skag umo 5-6 mate dah rosak sbb main gme at fon/lppy lme n kerap sgt..hee
ReplyDeletebudak2 zaman sekarang up2date...biasa la...dunia akhir zaman...
ReplyDeleteehh,,bettul tu..aku dah follow blognya, nama rizal ical,,tolong di follow back ya
ReplyDeleteassalamualaikum..nice post..exactly betul!!!menambahkan bilangan obesiti je kalau x main luar rumah nie...hohoho
ReplyDelete