Restoren Wong Solo Bangi


Assalamualaikum semua. Hope sihat-sihat saja. Entri ana kali ni adalah mengenai food review. Kali ni ana berkesempatan untuk makan di Restoren Wong Solo, Bangi. Dekat je lokasi nya iaitu di Seksyen 9. Ana dengan sahabat makan tengahari disana. Ramai jugak orang makan dekat sini. Korang sume penah makan di sini tak? Pendapat ana best sangat makan kat sini.

Restoren ni boleh dibuat pilihan samada makan atas kerusi seperti biasa ataupun makan bersila. Masa ana pegi, ramai sangat orang. Hajat nak makan bersila tapi full pulak, jadinya makan atas kerusi biasa je la. Bila duduk je dekat meja pilihan, akan ada waiter datang & bagi buku menu. Banyak jugak makanan di sini. Waiternya pun pakai baju batik warna coklat ala-ala Indon gitew. Haa, ni la buku menunya.



Banyak kan makanan. Ana dan sahabat ana memilih nasi ayam bakar dan nasi ayam penyet. Pastu tambah gado-gado. Nampak sedap je gado-gado ni. Minuman pula kami pilih teh o ais limau dan sirap limau. Hajat di hati nak order jus avocado tapi dah habis pulak. Takpe, lain hari boleh datang lagi kan. Hehee.. jom layan gambar dulu.. yummyyy..






Pendapat ana, makanan kat sini sangat sedap dan sesuai la dengan harganya, gado-gado dia pun sedap dari sayur-sayur sampailah ke kuahnya. Memang masuklah. Pastu nasi ayam penyet dan ayam bakar memang meletupp.. sangat sedap. Ada jugak disediakan cili, memang berasap cilinya. Letak sikit pun jadi dah. . Alhamdulillah, licin sudah


Masa untuk taburkan wang..hihi..total sume RM 35.30 . 



Berbaloi la sebab sedap kan. 

p/s: sape yang dekat dengan Restoren Wong Solo, tak kira la dekat Shah Alam ke mana-mana ke boleh la cuba. Mesti cuba tau.

Syukran Sudi Membaca

11 comments:

  1. resto indonesia ya... kalau di indonesia makan bersila tak pakai kursi namanya lesehan...kunjung balik k blog ku ya

    ReplyDelete
  2. lapar jugak tengok makanan ni. hee^^

    ReplyDelete
  3. wong solo ingatkan restoran cina td sbb nme "wong".. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wong tu bahasa indon la.kalau tak silap maksudny orang.. :)

      Delete
  4. Wah..kira owkey la harganya..makanan sedap..best nya kalo tempat sy dekat sana..(",)..

    ReplyDelete
  5. Patutla... Restoran ni masuk jln2 cari makn rupenyer. hehehe

    ReplyDelete
  6. Dah try kat Shah Alam. Memang rs sama je mcm masa kat Jakarta :)
    sedappp

    ReplyDelete
  7. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.

    ReplyDelete
  8. Индивидуалка, индивидуалки Киева - это самое удобное сочетание фраз для поиска представительниц этого направления Обворожительная леди составит компанию состоятельному мужчине. Подробности встречи по телефону.

    ReplyDelete