Salam Maal Hijrah 1434H



Assalamualaikum, salam maal hijrah semua. Pertamanya, ana bersyukur sangat masih diberi nikmat nafas untuk berada di muka bumi Allah ni..dan dengan nikmat yang diberikan Allah ni, moga ana dan sahabat semua dapat memperbaiki diri dari segala segi InsyaAllah..

Ada sesiapa tahu pengertian Muharam? Jom kita recall balik..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 91).

Sejak pemansuhan tu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah terdapat bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Emm, apa yang perkara –perkara  dilakukan pada bulan Muharram ni ye? Haa, first of all, baca  akhir & doa awal tahun seperti kat bawah ni. Doa awal tahun selepas selesai solat asar sebelum maghrib & akhir tahun dibaca selepas solat maghrib (boleh klik gambar utk lebih jelas)



Next, banyakkan membaca al-quran & puasa pada 10Muharram


Sempena tahun baru, lembaran baru, azamkan lah untuk memperbaiki diri..moga Allah membantu kita dalam setiap saat kita dimuka bumi Allah ini..Ameen..
 Sampai disini dulu. renung-renungkan & selamat beramal J


Syukran Sudi Membaca

4 comments:

  1. TQ 4 sharing ~ SALAM MAAL HIJRAH ye...:)

    ReplyDelete
  2. nice share..berkunjung balik nih.dah sy follow blognya,,follow back ya!

    ReplyDelete
  3. great sharing . salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi ilmu.... kunjungan balas dari anajingga..

    ReplyDelete