Assalamualaikum semua, entri ana kali ni adalah berkaitan
dengan solat jumaat. Ana tulis entri ni sebab hari ni Sayyidul Ayyam. Hari Jumaat.
Apa yang orang Islam selalu buat hari jumaat? Haa, sape tak tahu kena masuk
tadika balik la ye..hehehe
Solat Jumaat tu adalah solat fardu (dua
rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia
dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu
hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan
syarat-syarat tertentu.
Meninggalkan solat Jumaat merupakan
perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke
atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan
mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan
dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu
hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan
mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.haa, dah tu, jangan tinggal solat jumaat pulak. Ni ditujukan untuk muslimin-muslimin ok. Muslimat boleh baca untuk tambah ilmu. J
Hari ini kita dapati semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat
Jumaat. Ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika
orang lain sedang menunaikan fardhu Jumaat. Ada yang mengambil kesempatan balik
tidur di rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat Jumaat. Ada pula yang
pergi ke masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat, sebaliknya melepak di atas
tembok, basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah.
Mereka pulang bersama orang yang bersolat Jumaat pulang. Mereka tidak sedar
bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar.
Jika kita tidak menunaikan solat Jumaat hati kita akan ditutup rapat dan tidak
dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah. Kita juga akan terpinggir dari rahmat
Allah. Malah kita akan digolongkan bersama orang-orang yang munafik. Orang
munafik ini menurut firman Allah dalam surah An-Nisa' bakal dihumban ke dalam
neraka yang paling bawah, di dasar jahanam. Alangkah malang dan hinanya nasib
manusia yang tidak mahu menunaikan solat Jumaat ini .
Sampai disini dulu. Salam muhasabah J
semoga kaum2 adam dapat mengambil pengajaran dr entri di ats..sama2 la kita menjaga dan menghiasi peribadi kita dgn akhlak yang baik.. :)
ReplyDeletebetul laahh .. moga kaum adam berubah !
ReplyDeleteThx sbb mengingatkan :) alhamdulilah masih x tinggal lagi...
ReplyDeletehmm. harap2 calon suami kite tak mcm tu >.<
ReplyDelete