Pilihanraya Kampus


Assalamualaikum, ahaa, tajuk post kali ni agak gempak sikit oke. Berkaitan dengan politik kampus. Almaklumlah, esok mengundi. Kawan-kawan dah tau ke nak undi yang mana satu? Undi adalah rahsia.. oke-oke.. ana faham. Tapi jangan lupa mengundi plak ye, setiap undian anda sangat berharga.

Tapi, dalam memilih pemimpin, kita kena tengok juga kelayakannya, sifat kepimpinannya. Bukan semata-mata taksub terhadap sesuatu parti/pertubuhan sehingga yang salah pun kita benarkan, yang haram pun kita halalkan. Boleh ke macam tu? Ish3.. tak baik laa.. jom baca lagi, ana nak selit sikit tentang ciri-ciri pemimpin yang baik

Pada asalnya, setiap orang adalah pemimpin, pemimpin kepada diri sendiri. Tapi, kalau kita nak pilih pemimpin tue, biarlah yang betul-betul layak, yang mempunyai ciri-ciri yang digariskan dalam Islam, berikut adalah ciri-cirinya :

1.Mengajak Bertaqwa Kepada Allah
2.Adil Kepada Semua Orang Dan Tidak Pandang Bulu
3.Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar
4.Menjadi Suri Tauladan Yang Baik Bagi Masyarakat
5.Mendorong Kerja Sama Dalam Memperjuangkan Kesejahteraan Bersama
6.Mengukuhkan Tali Persaudaraan dan Kesatuan dan Persatuan
7.Akomodatif, Pemaaf, Merangkul Semua Golongan dan Mengedepankan Musyawarah Dalam Setiap Mengambil Keputusan Penting Untuk Masyarakat
8.Jujur dan Amanat
9.Berwawasan Dan Berpengetahuan Luas dan Mencintai Ilmu Pengetahuan
10.Teguh Pendirian, Tegar dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian

Yang pasti, pilih yang pentingkan agama. Alkisah ana nak share sikit blog-blog politik mengenai PRK di universiti ana. Macam-macam jugak dikecohkan mengenai PRK ni, boleh follow blog ni bagi yang berminat ( GMUKM, ASPIRASI).

Pagi ni pun ana dapat benda ni dekat depan pintu bilik ana.



Oke, terima kasih kepada yang susah2 je edar benda ni, tapi ada 1 benda ja yang ana minat.. tadaaaa..



Jadual semester. Terima kasih sebab bagi benda ni. Yang lain tu, tak bermakna pun. Hehhe.. PRK universiti korang macamna pulak? Dengar kata hambar je kan.. Apa-apa pun, selamat mengundi, buatlah pilihan yang bijak :D

Syukran Sudi Membaca

9 comments:

  1. hari tu aku sempat rasa mengundi utk pilih mpp baru je.. pastu tak rasa lagi dah..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn gitu, semngat perlu berkobar2 utk plih bakal kepimpinan yg akan pimpin msa dpn U nnt :)

      Delete
  2. samalah kita ada PRK. Semua sibuk dengan manifesto masing2..^_^

    ReplyDelete
  3. piraa takpernah ambil part pun dalam undi ni, leceh je rse nak undi2 bagai. ehh,taun depan dah wajib undi T_T

    ReplyDelete
  4. UKM rupa2nya.. sama lah kita.. tahun ni tak perlu mengundi sebab yg turun mengundi students undergrad je kan.. =)

    ReplyDelete
  5. tak dapat mengundi harituh, sedih T.T

    ReplyDelete