Assalamualaikum sahabat
sekelian. Salam eiduladha.. kullu ‘am wa antum biqhair. Alhamdulillah sekali
lagi kita dapat bertemu dengan eiduladha. Hari raya eiduladha sebenarnya lebih
besar dari hari raya eidulfitri. Kalau di Jazirah Arab, raya eidiladha ni
disambut paling meriah berbanding eidulfitri. Nak tau kenapa?
Kalau kita perasan la, takbir
hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari
raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan
dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari
Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu
akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh
ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban
yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Kat Malaysia ni terbalik
pulak kan, eidulfitri sambut sampai sebulan tapi eiduladh sehari je. Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita
ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar
sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan
sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa
menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.
Media elektronik
berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan,
hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk
menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan. Cuti umum Aidiladha pulak dianggap seperti
hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai
beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah
menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.
Sudah sampai masanya kita
kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya
pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian
baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.. kan?
Sampai disini dulu. SALAM EIDULADHA semua.
Salam pengorbanan. Dalam kehidupan adakala kita mencari yang terbaik dan
memiliki yang terbaik. Dan untuk
menjadikan segalanya terbaik pengorbanan itu juga satu permulaan bagi melatih
diri kita menjadi seorang yang baik. Berkorban lah sesuatu yang terbaik, kerana tu lah lambang keikhlasan kita. Jemput makan..semua ada :)
mentaliti yg dibasuh pemikirannya oleh media hiburan...eidul adha dh mcm hari cuti minggu yg biasa...
ReplyDeletesalam eidul adha..selamat berkorban zahir n batin :)
btl tu, raya pun xrasa raya
Delete"Semoga Aidiladha kali ni memberi erti dan makna sekaligus menyatukan hati semua Ummah" :')
ReplyDelete:')
DeleteAssalamualaikum.. Salam Ukhwah & Salam Aidiladha..
ReplyDeletewaalaikumsalam, salam ukhuwah & salam eiduladha jgak :D
DeleteSalam Eid Adha dan salam ukhwah.. :)
ReplyDeleteKalau di Malaysia, negeri kelantanlah yang olaing meriah bila tiba raya Eid Adha ni kan.. :)
klantan meriah ke. xpenah lg raya d klantan. :D
Deletesalam aidiladha :)
ReplyDeleteAssalamualaikum.....
ReplyDeletesalam kenal...
Membalas kunnjunan sya....
pekabar....
TiranaAduka singgah disini...
membalas kunjungan sahabat
ReplyDeletesalam aidiladha
ReplyDeleteselamat aidul adha sobat.
ReplyDeletekami datang mau minta makan ni..hehe
salam aidul adha kawan..
ReplyDeletesyukran semua. salam eiduladha :D
ReplyDeleteselamat hari raya :)
ReplyDelete