Nilai Hantaran Tinggi


Assalamualaikum semua, kali ni ana nak kupas sikit mengenai isu Hantaran Kahwin. Cuba tengok gambar bawah ni 


Pada pendapat korang, releven tak dengan zaman sekarang ni.?

15 dulang berbalas 20, termasuk jam tangan Rado, beg tangan Sambonia, kasut Bonia, telefon bimbit terkini, Ipad dan lain-lain lagi. Sewa dewan yang dipenuhi ribuan tetamu. Ada pertunjukan slaid mengiringi jamuan makan tetamu, catering rm10 untuk seorang tetamu, sewa pakaian pengantin, sewa pelamin, wang hantaran untuk pengantin perempuan RM20000, mas kahwin nya lagi.. fuhhhhh! Setuju atau tak, inilah hakikat zaman sekarang. Agak-agak la kan, berapa pihak pengantin lelaki akan habis kalau buat majlis ala-ala grand livina gini??! Paling lekeh pun RM50000 tau..

Masalah nya sekarang, bukan semua lelaki mampu kan. nak dapat RM50000 tu, komfem la kena buat loan bank. Takpe kata si lelaki, kerana cinta, RM50 ribu pun sanggup diberi .. Aicewahhh.. sanggup la sangat. Nanti nak bayar duit loan tu, bergaduh suami isteri. Hakikat dunia sekarang. Kalau yang memang mampu tu, ana tak nak la nak kata apa-apa. Yang ana nak kata ni, dekat golongan yang sederhana. Sesungguhnya ana memang kurang bersetuju dengan nilai hantaran yang tinggi dan majlis yang meletup-letup. Tak perlu la nak ikut taraf pendidikan, tak perlu nak ikut populariti sangat. Apa yang penting pengisian selepas kahwin tu (tanggungjawab dan amanah) perlu mantooppp!


Disini ana sertakan dengan pesanan nabi kita, nabi Muhammad SAW yang pernah berpesan:

Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’ (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Buat sahabat-sahabat serikandi di luar sana, ana nasihatkan tak perlu letak hantaran tinggi-tinggi semata-mata nak buat majlis grand. Cukup ikut kemampuan bakal suami itu paling berkat. Buat apa majlis hebat-hebat, kahwin seminggu, cerai berai.. nauzubillah. Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang soleh-solehah.. amin..



Syukran Sudi Membaca

14 comments:

  1. wowowwwwwwwwww ,giler ahhh ,kalau la si lelaki yg cuma spm tapi kapel dgn perempuan yg ada kelulusan ijazah sarjana ,habisss ...

    ReplyDelete
  2. 5 berbalas 7 pun dah cukup. lepas khawin nak makan ap? jimat la sikit ken? suami kalau ada harta banyak tak pe la jugak nak banyak2. conclusion, tak perlu banyk2 #komen

    ReplyDelete
  3. erm betul2..
    ikut yg mana perlu saje..
    mahar tu belakang kira..
    apa yg penting,
    tanggungjawab lepas kahwin..
    kalau yg dikahwini tu,
    perempaun yg solehah,baik dan menjaga maruah diri,
    tak pe lah jugak nak bagi hantaran byk2..
    kalau masak tak pandai,ilmu agama pon xde,
    mungkin tak berbaloi la kan :)

    apa2 pun,just pandangan sy..
    semua bergantung pada kita,
    hantaran byk pun,
    kalau redha ALLAH xde,
    tak guna jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantaran ikut kelulusan...tak sesuai, yng wajib mas kahwin, hantaran tu sederhana dan mengikut kemampuan.lepas kawin pun nak guna duit....

      Delete
  4. elok bersahaja dan mengikut kemampuan...bukan kahwin utk riak.......sia sia pahala.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..biar sderhana asal keberkatan tu ada :)

      Delete
  5. ana pn stuju dgn pendapat zana. yg penting dapat bina keluarga bahagia, bkn dpt buat majlis hebat-hebat :)

    ReplyDelete
  6. tak payah nk ikut kelulusan sgt laa . sbb tu ramai tak kahwin lg , maksiat berleluasa . huuu

    ReplyDelete
  7. Rasanya , semua ni mengikut kempampuan. tapi bagus juga, sebab kita tak akan di pandang rendah, apatah lagi bila orang2 kampung sekarang busy body, "hantaran untuk anak kau berapa??". Bukan mata duitan, tapi kena dengan kelulusan akademik tu. Zaman sekarang wanita memang ramai berkerjaya berbanding lelaki. Lelaki pun takut nak mengorat kalau kita educated person and gaji besar. :D *just bagi pendapat okay

    ReplyDelete
  8. yeahh ! setuju tu . kalau nak kahwin , tak perlu lahh sampai nak pinjam loan . kalau nak kawen pon takde duit , mcm mane nk tanggung bini , kan ? haha . nice entries :D

    ReplyDelete
  9. depend kat org tue la nk letak bpe...tp jgn smpai mcm nak jual beli kan..hihi

    ReplyDelete
  10. Dah igt2 lupa isu nie... terima kasih kerana kembalikan kenangan
    saya dalam hal nie .. :)

    Here is my blog ... Jubah Moden

    ReplyDelete