Assalamualaikum semua, salam syawal. Semakin hari syawal
semakin menjauhi kita. Sudahkah kita merebut pahala di bulan Syawal ni? Puasa enam
dah habis ke sahabat-sahabat sekalian. Harap janganlah kita tinggalkan bulan syawal
tanpa memungut pahala-pahala yang terdapat didalamnya. Tahun depan belum tentu
kita berkesempatan kan. Mari kita lihat antara kelebihan puasa enam. Yang tak
sempat nak berpuasa tue, tahun depan jangan tinggal lagi tau :
1) Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa
di bulan Ramadhan.
2) Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada
Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia
masih hidup.
3) Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya
puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan
lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
4) Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada
api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
5) Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran
atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.
Subhanallah, banyaknya kelebihannya kan.. 6 hari je puasa
tapi pahalanya berganda-ganda sebagainya riwayat Muslim dan Imam Bukhari
berikut:
Daripada Abu Ayub al-Ansari,
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan
puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” –
(Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa
yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah
menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam
Bukhari dan Muslim)
Ingat, jangan sia-siakan lagi bulan Syawal tau. Sampai disini
saja. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
No comments:
Post a Comment