Matrouh


Assalamualaikum semua. Harap sihat sentiasa la ye. Entri ana kali ni adalah berkaitan dengan Matrouh. Tahu ke kat mana Matrouh. Ada yang penah dengar tapi tak tahu? Hehe. Matrouh ni salah satu tempat menarik di Mesir. Entri ni merupakan sambungan entri ana tentang Mesir yang sebelum-sebelum ni ana post tu. Ana lebih mendedahkan tentang tempat-tempat menarik di ISKANDARIAH, KAHERAH, DUMYAT & MANSOURA. Tujuannya supaya senang nanti kalau ada kawan-kawan ana yang nak ke sana, boleh la rujuk tempat-tempat yang ana post tu.

Berbalik kepada Matrouh, matrouh merupakan tempat yang sangat-sangat cantik. Warna airnya tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata. Kawan-kawan mesti tertanya-tanya kan, cantik mana sangat la Matrouh ni. Haaa, boleh tengok gambar-gambar ana dan sahabat-sahabat lain kat bawah ni:


Teluk Ajibah (Bahar Ajibah / Laut Ajaib)
-10 km dari Marsa matruh. Dinamakan Bahar Ajibah kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.



Pantai Cleopatra (Bahar Cleopatra / Laut Cleopatra)
-7 km dari Marsa Matruh. Disini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi) dan juga tempat bersiram permaisuri Cleopatra. Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam. 






ana juga tidak melepaskan peluang untuk mendayung benda dekat atas ni selama 30minit. yang pastinya, ana dapat pengalaman yang sangat-sangat berharga disana :D


Cantikkan..

Ana juga berkesempatan melawat Souq Libya. 


Pasar Libya (sempadan Libya)
-Merupakan tempat membeli belah yang amat terkenal di Bandar Marsa Matruh. Disini terdapat pelbagai barang seperti makanan, pakaian, barang-barang hiasan dan barang-barang keperluan lain. Harga barangan disini juga berpatutan. Kebanyakan barang yang terdapat disini berasal dari negara jiran iaitu Libya.


Sampai disini saja untuk kali ni :D



Syukran Sudi Membaca

9 comments:

  1. subhanallah besnye..bile laa ada rezeki nk kesana ye? huhu..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..indahnya ciptaan Tuhan. Humaira study kt mesir ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy study 2 bln je kat sna.. ambil mcm kursus pendek la :D

      Delete
  3. Best nyaa !! Abang & sepupu saya pun now study kat mesir. But Abg di Tanta & sepupu stdy kat alexander :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti diaorg mesti boleh pegi melawat tempat mcm ni :D

      Delete
  4. Subhanallah.....
    cantik sgt ciptaan Allah ni kan..untungla lau dapat tgok dpn mata... ^_^ bersih n biru je..sejuk mte pndg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, air lautnye biru menghijau..subhanaallah..takjub :D

      Delete
  5. kalau besarkan lagi gambarnya baru nampak jelas :) Suka tengok laut..mengingatkan kebesaran Allah :)

    ReplyDelete