Assalamualaikum
semua, Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kekuatan untuk berblogging. Entri
kali ni tentang Kuala Perlis. Ana pergi dengan family ana minggu lepas sebelum
ana kembali ke UKM. Kuala Perlis ni
tempatnya cantik tapi masa ana pergi, air lautnya cetek. Jadi, macam tak best
sangat la pemandangan nya. Kalau sape-sape yang pegi Kuala Perlis, boleh la tengok pemandangan dari Menara Tinjau..Kalau air
pasang, memang cantik sangat..
Lepas
menghabiskan masa di Menara Tinjau, tibalah masa untuk pegi makan-makan..
haha.. ana sampai di Kuala Perlis ni pun dah jam 6 petang dah, jadinya kejap je
la di Menara Tinjau and then terus cari kedai makan sambil ambil angin pantai.
Malam tu, ana
dan family ana order je apa yang rasa nak makan. Ni la benda-benda yang kami
order:
2 ekor ikan jenahak king size (sekor masak 3 rasa, sekor
bakar)
2 kilo sotong goreng tepung
Tomyam
Sayur Kailan Ikan Masin
Ulam-ulaman
2 jug fresh oren
Air ABC
6 ekor ikan kembung goreng tepung
Fuhhhh..memang
makan besar laa. Total semua ana lupa nak tanya ayah ana. Kami ke sini pun
semua rancangan ayah dengan mak ana la sebabnya semua ada di rumah. Jadi, jalan-jalan
la ye walaupun dekat. Takde la jauh mana Kuala Perlis ni dengan rumah ana. Dalam
2jam je. Nak jalan jauh-jauh ayah ana pula sibuk memanjang dengan kejenya.
Alhamdulillah
dikurniakan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.
Ya Allah. Kekalkanlah
kebahagiaan keluarga kami, jauhilah keluarga kami daripada bala dan bencana
yang tidak kami ingini. Ampunkan dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami,
peliharalah keluarga kami hingga akhir nanti kami bertemu di Syurga yang kekal
abadi. Amin Ya Rob
Ok, sampai
disini dulu. Sape yang keempunan nak makan ikan bakar tu, cepat-cepat la ye. Makan
tepi pantai baru terasa nikmatnya..hehhe. Jom jalan-jalan Kuala Perlis ^_^
ala besnya,tah bila la ada pluang nak p sana.huhu
ReplyDeletemmg bes especially dpt makan ikan bakar tepi pantai..hehe..jom g sana :)
Deleteamazing
ReplyDeletefollow me I'll follow you back :)
http://bloggergresikcommunity.blogspot.com/
Takk pena sampai kole perlehh lagii =)
ReplyDeletearaa, jom la ke kole perlehhh..hehhe :)
Deletepernah sampai setakat kuala perlis shj waktu nak ke LAngkawi hampir 3 tahun lalu..
ReplyDeletex pernah lagi sampai perlis,,,huhu
ReplyDeletelama tak sampai sana.. terkenang ikan bakar dia yg best tu.. sotong goreng tepung..laksa perlis.. mcm2 la :).
ReplyDeletesalam kenal
salam pkenalan :))
Deletepernah sampai sekali...kat sane femes mangga harum manis ngn laksa kalu tak salahlah..
ReplyDeleteahaaa, btl sangat la tu :DD
Delete