Solat Sunat Taubat


Assalamualaikum, post ana kali ni berkaitan dengan solat sunat taubat. Nak tahu kenapa ana tergerak hati nak post tentang solat ni ? sebabnya yang pertama, kita sebagai hamba Allah banyak sangat melakukan dosa. Tak kira la dosa kecil ke dosa besar ke. Kadang-kadang tu, kita tak perasan pun kita buat dosa. Kalau dengan manusia, boleh cepat-cepat mintak maaf. Kalau dengan Allah?? Sujud mengadapNya la jawabnya. 

Sememangnya dengan istighfar pun dosa akan terhapus (tue pun kalau bersungguh-sungguh la kan) tapi nak lebih Nampak bersungguh-sungguh, dengan solat sunat taubat ni la.  Allah sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Cara yang terbaik  ialah dikerjakan solat sunat taubat di rumah tengah malam semasa orang lain nyenyak tidur. Ketika sujud yang terakhir dilamakan sujud dan direnungkan segala dosa yang telanjur yang telah dilakukan dan direnungkan pula bagaimana dahsyatnya siksaan Allah. Begitu juga setelah memberi salam diangkat tangan sambil memohon keampunan dari Allah. Hendaklah diingat-ingat segala kesalahan yang dilakukan, hendaklah direnungkan bagaimana beraninya kita melanggar perintah Allah dan kita bayangkan betapa hebatnya siksa Allah. 

Banyakkan sebenarnya dosa kita dengan Allah. Jom solat sunat taubat. Bawah ni saya sertakan cara-cara solat.



Simple je kan, yang penting niat tu. Sampai disini saja entri kali ni. Salam muhasabah :D




Syukran Sudi Membaca

3 comments:

  1. Afwan, ya ukhti. Tapi, rasanya ana belum bersedia... Macam mana nie ya ukhti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn kata belum bersedia..mati itu pasti & mati tidak mengenal usia.tidak kira tua atau muda, bila tiba waktunya, kita pasti akan mati. sementara masih diberi kesempatan ni, banyak2 kan lah beribadat kpdNya

      Delete