Dumyat dan Mansoura


Asslamualaikum, kali nie entri ana berkisar pengalaman di Dumyat. Ini adalah sambungan dari kisah ana di Mesir. Ana habiskan masa hanya 3 hari di sini. Subhanallah, Dumyat ni rupanya tempat yang cantik juga ye. Pantainye bersih dan sesuai sangat untuk mandi mandi jika nak dibandingkan dengan di ISKANDARIAH yang memang menjadi tumpuan ramai. Jika di KAHERAH, memang xnampak pantai la..hehe

Apa ye nak cerita kat sini. Haa, mungkin kawan-kawan boleh tengok gambar di bawah ni. Banyak jugak tempat menarik disini. 


Ni gambar masa ana dan sahabat-sahabat bersiar-siar makan angin dekat pantai Dumyat. sejam jugak la naik tramco dari tempat ana tinggal. kami semua bertujuh :D 


Ni pulak papan tanda di roksul bahri. tempat pertemuan diantara sungai Nil dengan laut. Subhanallah, tak terungkap dengan kata-kata. Air sungai dan air laut tidak bercampur 


Ni kami naik macam kapal la pusing Sg Nil. 


aktiviti terakhir kami disini adalah swimming..hehhe..bes dapat mandi disini dan dapat kerang yang sangat-sangat besar. Perjalanan kami diteruskan lagi dengan seharian kami bershopping di Mansoura. dekat ake kalau pegi dari Dumyat. 



Ok kawan-kawan, rasanya sampai disini dlu post ana kali ni, InsyaAllah ana akan post tentang Matrouh pula lepas ni ok.. Syukran. Wassalam






Syukran Sudi Membaca

4 comments: