Assalamualaikum
semua. Hope sihat-sihat saja. Entri ana kali ni adalah mengenai food review. Kali
ni ana berkesempatan untuk makan di Restoren Wong Solo, Bangi. Dekat je lokasi
nya iaitu di Seksyen 9. Ana dengan sahabat makan tengahari disana. Ramai jugak
orang makan dekat sini. Korang sume penah makan di sini tak? Pendapat ana best
sangat makan kat sini.
Restoren ni
boleh dibuat pilihan samada makan atas kerusi seperti biasa ataupun makan
bersila. Masa ana pegi, ramai sangat orang. Hajat nak makan bersila tapi full
pulak, jadinya makan atas kerusi biasa je la. Bila duduk je dekat meja pilihan,
akan ada waiter datang & bagi buku menu. Banyak jugak makanan di sini. Waiternya
pun pakai baju batik warna coklat ala-ala Indon gitew. Haa, ni la buku menunya.
Banyak kan
makanan. Ana dan sahabat ana memilih nasi ayam bakar dan nasi ayam penyet. Pastu
tambah gado-gado. Nampak sedap je gado-gado ni. Minuman pula kami pilih teh o
ais limau dan sirap limau. Hajat di hati nak order jus avocado tapi dah habis
pulak. Takpe, lain hari boleh datang lagi kan. Hehee.. jom layan gambar dulu..
yummyyy..
Pendapat ana,
makanan kat sini sangat sedap dan sesuai la dengan harganya, gado-gado dia pun
sedap dari sayur-sayur sampailah ke kuahnya. Memang masuklah. Pastu nasi ayam
penyet dan ayam bakar memang meletupp.. sangat sedap. Ada jugak disediakan cili,
memang berasap cilinya. Letak sikit pun jadi dah. . Alhamdulillah, licin sudah
Masa untuk
taburkan wang..hihi..total sume RM 35.30 .
Berbaloi la sebab sedap kan.
p/s: sape yang
dekat dengan Restoren Wong Solo, tak kira la dekat Shah Alam ke mana-mana ke
boleh la cuba. Mesti cuba tau.